Siakap Keli
resepi donut peach viral
Kredit: Facebook

Tak Payah ‘Beli’, Chef Kongsi Resepi Macam Mana Nak Buat Sendiri “Donut Peach Viral” Gebu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tak Payah ‘Beli’, Chef Kongsi Resepi Macam Mana Nak Buat Sendiri “Donut Peach Viral” Gebu

Di Malaysia, fenomena ‘Donut Peach‘ secara tiba-tiba menjadi tular dan trending di media sosial. Rata-rata warga maya tidak mahu terlepas peluang daripada merasai sendiri keenakan buah pic dengan bentuk yang comel ini.

Namun, ada juga yang tidak dapat menjamah buah-buahan tersebut disebabkan beberapa faktor. Antara faktornya mengalami alahan terhadap buah tersebut ataupun harga buah tersebut yang berada di luar kemampuan.

Kalau anda ke pasar raya pun, belum tentu dapat membelinya kerana populariti buah ini menyebabkan ia laku keras dan cepat habis.

Oleh sebab itu, seorang chef yang terkenal dengan resepi unik dan lazat, Che Azawimie Che Zahari (36) telah tampil dengan resepi yang bakal mengubati hati anda yang lara.

Che Azawimie dan isterinya baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinannya keenam | Kredit: Che Azawimie

Jelas chef yang berkerja di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun ini, resepi Donut Peach Viral ini disukai ramai kerana rasanya yang lemak-lemak masin serta memiliki kemanisan dari gula.

Berikut merupakan bahan-bahan yang diperlukan bagi menghasilkan ‘Salted Peach Doughnuts‘:

1. 1 kg tepung gandum

2. 700ml susu UHT

3. 1 sudu besar shortening

4. 1 biji telur

5. 1 sudu besar gula kastor

6. 2 sudu besar yis

7. 1/2 sudu kecil garam

8. 1 sudu besar pes perisa tebu

9. 1 sudu kecil pewarna kuning telur

10. 1 sudu kecil pes red velvet

11. 1 blok salted butter (potong kecil-kecil untuk dibuat inti)

Cara-cara pembuatannya

Pertama sekali, campurkan semua bahan-bahan yang dinyatakan kecuali butter. Ketika mengadun bahawa, masukkan pes red velvet dan pewarna kuning telur pada hujung proses akan warnanya menjadi seakan-akan ‘marble

resepi donut peach viral
Kredit: Facebook

Selepas adunan doh sebati, rehatkan doh buat sementara waktu bagi memastikan adunan doh mengembang dan gebu.

Kemudian, timbang doh dalam 30 gram dan bulat-bulatkannya. Masukkan satu blok kecil salted butter ke dalamnya.

resepi donut peach viral
Kredit: Facebook

Sekali lagi, rehatkan doh dan selepas itui, anda boleh menekapnya agar bentuk doh tersebut berbentuk seakan-akan pic yang sebenar.

Kredit: Facebook

Apabila semua ‘Donut Peach‘ berjaya dihasilkan, goreng doh-doh tersebut di dalam minyak panas pada api yang perlahan.

Kredit: Facebook

Setelah selesai digoreng, toskan doh-doh tersebut daripada lauratan minyak masak dan gaulkannya ke dalam gula kastor.

Kredit: Facebook

Akhirnya, hidangan ini sedia untuk dimakan. Jelas Che Azawimie, resepi ini memang disukai ramai kerana jika donat ini diletakkan di atas tempat hidangan, pinggan tersebut pasti akan ‘licin’ dalam waktu yang singkat.

Che Azawimie turut menasihati orang ramai yang ingin mencuba resepinya itu agar menikmati donut ini ketika masih panas.

Jika donat tersebut dimakan pada waktu panas, rasa lemak-lemak masin dari mentega akan terasa lebih enak.

Selamat mencuba.

BACA: Pakailah Sabun Warna Apa Pun, Buih Tetap Warna Putih, Kenapa? Ini Jawapannya

Sumber: Che Azawimie Che Zahari via Facebook (Masak Apa Hari Ini) 

 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma