Kelibat Zain Saidin Di Car Boot Sale Kota Damansara Curi Tumpuan, Lelong Baju Che Ta Serendah RM5
Sekiranya anda aktif di media sosial TikTok, pasti tahu mengenai car boot sale Kota Damansara yang dijalankan pada setiap pagi Ahad.
Tempat jualan itu kembali mencuri tumpuan ramai susulan makin ramai yang menyertai menjual barangan terpakai membuatkan pilihan di situ semakin bertambah.
Apa yang paling mengejutkan, pelakon Zain Saidin turut menyertai car boot sale yang digembar-gemburkan oleh orang ramai.
Menerusi video tular yang dimuat naik oleh @fybaharuddin di TikTok, ia memaparkan Zain Saidin yang memakai topi mancing dan baju tidak berlengan warna putih sedang duduk di kerusi.
Suami Rozita Che Wan itu merupakan salah seorang penjual di tempat tersebut dan kebanyakan barangan yang dijual adalah milik isterinya.
“Suami jual baju isteri,” tulis kapsyen video itu.
Di hadapan pelakon tersebut, terdapat longgokan baju isterinya yang dijual dengan harga yang tidak masuk akal iaitu hanya serendah RM5.
Pelakon berusia 39 tahun itu kelihatan sempoi sambil menyantuni orang ramai yang sedang melihat baju isterinya.
Apabila @fybaharuddin menghalakan telefon ke arahnya untuk merakam, Zain Saidin secara spontan mengeluarkan kata-kata yang didengar dalam TikTok.
“Namun….bila orang yang tiada TikTok, mereka tidak tahu perkara ini dan tidak faham,” selorohnya.

Warga maya tak percaya
Video tersebut kemudiannya menjadi tular sehingga meraih jumlah tontonan mencecah satu juta setakat artikel ini ditulis.
Rata-rata warga maya geli hati dengan gelagat yang ditunjukkan oleh suami Che Ta dan mereka turut meninggalkan komen kerana tidak percaya dengan situasi tersebut.
Kelibat Zain Saidin di car boot sale itu merupakan satu insiden yang jarang dilihat susulan dia jarang muncul di tempat umum.
“Seriuslah Zain weh,” tanya salah seorang warga maya.
“Weh dia jual baju bini dia,” kata netizen sambil meletakkan emoji ketawa di belakang ayat.
“Selalu nampak bini jual baju lelaki. Ini terbalik,” ujar warga maya lagi.
Malah, terdapat juga seorang warga maya yang mengatakan pelakon itu pernah menjual minyak wangi Che Ta dengan harga lelong apabila isterinya pergi melancong.
Kemunculan Zain Saidin di tempat penjualan barangan terpakai itu dikatakan agak luar biasa.
Ia juga sedikit sebanyak memberi idea kepada para suami untuk menjual barangan milik isteri yang tidak dipakai.
@fybaharuddin Suami jual baju isteri🤣 #carboot #preloved #carbootsale #barangpreloved #carbootkotadamansara
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Sumber: @fybaharuddin/TikTok
BACA: Pakai Pes Ini, Pak Haji Kongsi Cara Nak “Check” Ada Air Ke Tak Dalam Tangki Minyak