Siakap Keli
mayat hilang longkang
Gambar: Sinar Harian

Dilapor Hilang Sejak 9 Hari Lalu, Mayat Lelaki Ditemui Dalam Longkang

Dilapor Hilang Sejak 9 Hari Lalu, Mayat Lelaki Ditemui Dalam Longkang

PUTATAN — Persoalan mengenai kehilangan seorang lelaki sejak sembilan hari lalu akhirnya terjawab dengan penemuan mayatnya dalam longkang di Jalan Kota Kinabalu-Papar berhampiran Kem Lok Kawi hari ini.

Memetik Sinar Harian, mangsa, 33, yang merupakan pembantu bot ditemukan bersama motosikal miliknya oleh seorang pemotong rumput di lokasi kejadian.

Penemuan mayat itu disedari individu terbabit sewaktu melakukan kerja pembersihan sekitar jam 8 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintenden Sammy Newton, laporan mengenai penemuan mayat berkenaan diterima pihaknya pada jam 8.30 pagi oleh orang awam.

“Hasil siasatan awal di lokasi kejadian kemalangan dipercayai berpunca daripada motosikal yang ditunggang mangsa datang dari arah Kota Kinabalu menghala ke Papar telah hilang kawalan.

“Motosikal mangsa kemudian terbabas sebelum masuk ke sebelah kiri longkang dan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayatnya kemudian ditemukan oleh seorang pekerja pembersihan di kawasan berkenaan,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Sammy, difahamkan, kehilangan mangsa telah dilaporkan oleh ahli keluarga kerana tidak pulang ke rumahnya sebelum ini.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saksi kejadian kes ini diminta tampil untuk memberikan maklumat segera di balai berdekatan dan orang ramai juga diminta tidak menyebarkan gambar mangsa di lokasi kejadian dan fakta yang tidak sahih bagi menjaga sensitiviti keluarga,” katanya lagi.

BACA JUGA: Tular Berita Lelaki Dilapor Hilang, Rupanya Pengsan Dua Hari Ketika Berjoging

Terdahulu, seorang lelaki (mangsa) yang bekerja sebagai pembantu bot Jeti Sutera Harbour Kota Kinabalu dilaporkan hilang selepas tidak dapat dihubungi, lapor Sinar Harian.

Bukan sahaja itu, mangsa juga tidak pulang ke rumahnya sejak 23 Julai lalu.

Berikutan itu, pihak polis, ahli keluarga dan juga rakan sekerja mangsa giat melakukan usaha mencari dan mengesannya.

Hilang Dua Hari, Lelaki Ditemui Maut Dalam Kereta Terbabas

Sebelum ini, Sinar Harian turut melaporkan mayat seorang lelaki ditemukan di dalam sebuah kereta di bahu kiri jalan di Kilometer (KM) 16 Jalan Bandar Penawar-Punggai.

Difahamkan, mangsa telah dilaporkan hilang sejak dua hari selepas.  Mangsa juga dipercayai terlibat dalam sebuah kemalangan di lokasi kejadian.

Sumber: Sinar Harian

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?