Siakap Keli
GSC Alamanda Putrajaya ditutup
Kredit Alamanda, GSC

GSC Alamanda Putrajaya Akan Ditutup Sepenuhnya 14 Ogos Ini

GSC Alamanda Putrajaya Akan Ditutup Sepenuhnya 14 Ogos Ini

Golden Screen Cinemas (GSC) pada hari ini mengumumkan bahawa pawagamnya di Alamanda Putrajaya bakal ditutup selamanya pada 14 Ogos ini.

Perkara itu diumumkan GSC menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi syarikat pangung wayang tersebut.

“Dimaklumkan bahawa GSC Alamanda Putrajaya akan menayangkan tayangan terakhir kami pada 13 Ogos dan akan berhenti operasi sepenuhnya pada 14 Ogos 2023.

“Selama 15 tahun kami membuka cawangan kami disini, yang bermula pada 5 April 2008. Kami berbesar hati untuk berkongsi detik-detik sinematik yang tidak dapat dilupan dengan anda,” tulis lagi kenyataan itu.

Dalam pada itu, GSC juga sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelanggan yang telah memberikan sokongan.

BACA: Wanita Dilapor Terselamat, Sejam Bertarung Nyawa Diterkam Buaya

“Kami ingin mengucapkan terima kasih yang tulus atas sokongan anda yang tidak berbelah bahagi selama ini. Senyuman, gelak tawa dan tepukan anda akan sentiasa bergema di hati kami,” tambah kenyataan itu yang berterima kasih terhadap sokongan pelanggan.

Ekoran penutupan cawangan tersebut, GSC menjemput semua peminat filem untuk menyertai tayangan filem yang menarik di cawangan terdekat mereka.

Pelanggan boleh pergi ke cawangan pawagam milik GSC yang terdekat di GSC IOI City Mall 1 & 2.

Sumber: Facebook/GSC

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.