Siakap Keli
remaja oku rentung kebakaran
Gambar: JBPM Perak

Remaja OKU 15 Tahun Rentung Dalam Kebakaran Rumah

Remaja OKU 15 Tahun Rentung Dalam Kebakaran Rumah

IPOH, 1 Ogos (Bernama) — Seorang remaja lelaki kurang upaya (OKU) berusia 15 tahun ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Dato Sri Kamaruddin, Seri Manjung, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan pada 4.11 petang membabitkan kebakaran sebuah rumah yang musnah terbakar 90 peratus.

“Kebakaran melibatkan seorang mangsa lelaki OKU berusia 15 tahun yang mayatnya ditemukan di atas katil di sebuah bilik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

BACA JUGA: Wanita OKU Dilapor Maut Dalam Kebakaran Rumah

Beliau berkata ibu kepada OKU tersebut membawa seorang lagi anaknya yang masih bayi untuk bekerja menjaga orang sakit di hadapan rumahnya dan meninggalkan anak OKU tersebut di rumah.

Katanya mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata pasukan mengaplikasikan konsep RECEO (menyelamat, pendedahan, penyekatan, pemadaman dan pemeriksaan) serta menggunakan satu aliran hos 60.96 meter, dua pancutan dan satu aliran salur bantu mula air dari tangki jentera bagi memadam kebakaran sepenuhnya.

Operasi tamat pada 5.52 petang tadi, katanya.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?