Siakap Keli

Siapa Kata Berkebun Tak Boleh Buat Duit? Ini Caranya

Siapa Kata Berkebun Tak Boleh Buat Duit? Ini Caranya

Golongan B40 dan miskin tegar yang berminat dengan sektor pertanian kini dapat menarik nafas lega dengan wujudnya Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) yang bertujuan membantu komuniti B40 dan miskin tegar bergiat dalam bidang pertanian moden untuk menjana pendapatan tambahan.

Apa yang lagi seronok, anda boleh menawarkan peluang kerjaya kepada orang lain untuk menjana pendapatan tambahan dan membawa keluar dari garis kemiskinan. Inisiatif oleh Kementerian Ekonomi ini merupakan sebahagian usaha membasmi kemiskinan dan menambah pendapatan rakyat menerusi inisiatif pertanian, sekaligus meningkatkan penghasilan makanan negara kita.

Banyak beza Inisiatif INTAN ni dengan projek pertanian lain.Sebab semua kelengkapan dah disediakan. Dari infrastruktur, kelengkapan pertanian, rumah hijau sampai ke pemasaran disediakan untuk peserta. Siap sekali dengan bersihkan tanah. Peserta mula sertai program dengan diberikan plot-plot pertanian untuk diusahakan, infrastruktur, input dan bimbingan sehingga mengeluarkan hasil dan penjualan.

IPR-INTAN dilancarkan secara rasmi oleh YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi. IPR-INTAN ini juga akan mewujudkan ekosistem antara pemohon, pemegang taruh dan masyarakat setempat bagi menambah pendapatan golongan B40 dan miskin tegar untuk keluar dari garis kemiskinan. Syarat-syarat permohonan hanya ada dua sahaja. Warganegara Malaysia dan golongan berpendapatan B40 dan miskin tegar.

Antara sasaran penggerak IPR-INTAN untuk membantu atau dipadankan dengan pemohon adalah syarikat pertanian, rantaian peruncitan makanan, pengeksport, agensi-agensi kerajaan berkaitan dan koperasi. Jika anda salah satu dari sasaran penggerak, boleh sertai komuniti IPR-INTAN sebagai off-takers dengan mendaftar di pautan ini OFF-TAKERS

Baru-baru ini, YB Rafizi Ramli telah melancarkan program IPR-INTAN di Universiti Putra Malaysia. Rafizi berkata, program ini menawarkan tempat kepada 130 orang pelatih untuk mengikuti latihan pertanian berasaskan teknologi selama tempoh satu hingga setahun setengah dan tumpuan latihan adalah dalam sektor tanaman pertanian dan akuakultur.

Dalam ucapan perasmian tersebut Rafizi berkata, pihak Kementerian Ekonomi telah berjaya mendapatkan kerjasama dan persetujuan dari negeri-negeri dan sehingga kini telah meluluskan 1,000 ekar pertama bagi pelaksanaan projek IPR-INTAN. Selain daripada yang telah dilancarkan di Petaling Jaya, projek IPR-INTAN di Putrajaya juga akan dilancarkan termasuk yang di bawah UPM.

Syarat Permohonan

“Saya berharap projek ini dapat membantu dalam mentransformasi sektor pertanian
negara dengan mencipta ekosistem pertanian yang lebih maju dan berteknologi tinggi. Pusat Kecemerlangan Industri Pertanian IPR-INTAN@UPM ini juga akan menjadi rujukan utama industri pertanian, baik dari segi inovasi, pengetahuan atau latihan,” katanya.

Seorang penghantar dokumen (despatch), Alif Aiman yang sudah mendaftar sebagai peserta IPR-INTAN dengan niat nak mempelajari bidang pertanian menggunakan teknologi Smart Farming dan berharap lebih ramai anak muda menyertai dalam IPR-INTAN ini untuk menjana pendapatan.


Irham Sauti berusia 31 tahun yang juga sudah menyertai IPR-INTAN berpendapat IPR-INTAN bagus untuk golongan B40 dan miskin tegar menambah pendapatan. Irham bersyukur terpilih dalam program IPR-INTAN walaupun ramai yang memohon. Sasaran Irham untuk menimba ilmu sebanyak mungkin dari segi penanaman dan pemasaran sepanjang program IPR-INTAN.


Irham tidak kekok dalam menceburi bidang pertanian disebabkan dari kecil ibu dan ayah sudah mula mengajar beliau untuk berbakti kepada tanah. Harapan Irham program ini mencapai sasaran dan melahirkan ramai petani moden yang berilmu dan menjana pendapatan sekaligus keluar dari status miskin tegar.

Inisiatif Kementerian Ekonomi dalam Program IPR-INTAN ini akan membantu mentransformasikan sektor pertanian negara. Seterusnya, mencipta ekosistem pertanian yang lebih maju dan berteknologi tinggi. Jangan tunggu lagi, anda yang berminat nak jana pendapatan boleh daftar program IPR INTAN dan klik di pautan ini DAFTAR SINI

 

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)