Siakap Keli
cuckoo kondo

Beli Cuckoo Berpeluang Menang Kondo & 12 Kereta, Hanya Buat 2 Benda Ini Sahaja

Ada Pihak Nak Hadiahkan 2 Kondo, 12 Kereta Untuk Korang, Hanya Buat 2 Benda Ini Sahaja

Dalam hidup ini ada dua perkara yang menjadi keinginan ramai, yang pertama adalah kerjaya dan kedua adalah harta seperti rumah, kereta dan lain-lain. Siapa je yang tak memiliki impian untuk beli rumah? Mesti semua ada.

Jadi, min ada berita baik untuk semua rakyat Malaysia. Kalau nak tahu, buat pertama kalinya ada sebuah syarikat perkakasan elektrik nak bagi hadiah rumah untuk peminat mereka!

Sempena dengan ulang tahun yang ke sembilan, jenama pencipta kediaman sihat, CUCKOO akan membuat kejutan besar dengan memberi hadiah bernilai kira-kira RM2 juta kepada anda semua.

Sebenarnya kempen ini bukan saja-saja diadakan, tetapi ia bertujuan untuk menggalakkan orang ramai sama-sama menjadi lebih sihat atau healthier, dalam mencipta suasana selesa di kediaman masing-masing.

Yang paling best, pemenang bukan sahaja dapat memiliki rumah tetapi akan diberikan dua hadiah lain yang dapat merealisasikan impian kecil anda! Nak tahu lebih lanjut jom baca keterangan di bawah ini.

Peraduan ‘Beli CUCKOO Menang Kondo’

Peraduan yang dinamakan ‘Beli Cuckoo Menang Kondo’ ini melayakkan peserta untuk menerima dua buah kondominium EXSIM D’Terra dan 12 buah kereta Proton Saga. 

Hadiah itu juga termasuk wang tunai bernilai RM1,000 untuk 100 pemenang (pelanggan sedia ada sahaja) dan peraduan itu akan berlangsung selama dua bulan.

Bagi merebut peluang ini, orang ramai boleh menyertai peraduan itu bermula 1 Ogos sehingga 30 September depan.

Dalam dua bulan itu, cabutan secara rawak akan dilakukan setiap dua minggu pada pertengahan Ogos dan September, di mana cabutan sebanyak 25 kali adalah untuk wang tunai RM1,000 manakala cabutan tiga kali bagi kereta.

Sementara itu, cabutan utama akan dilakukan pada September dan Oktober, di mana cabutan sebanyak 25 kali untuk wang tunai RM1,000, tiga kali untuk kereta dan satu kali cabutan untuk kondominium.

Satu langkah je, terus dapat kondo!

Macam tak percayakan, beli CUCKOO sahaja terus dapat rumah idaman dengan hanya melakukan satu langkah mudah ini.

Caranya mudah sahaja, orang ramai hanya perlu beli dan pasang CUCKOO dalam tempoh peraduan untuk menyertai kempen tersebut.

Pelanggan sedia ada akan mempunyai satu penyertaan tambahan untuk menyertai peraduan dan memenangi hadiah wang tunai.

Dan yang paling menarik, setiap pelanggan boleh memenangi lebih daripada satu hadiah! Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web CUCKOO di sini.

Jadi tunggu apa lagi? Dapatkan barangan jenama CUCKOO berdekatan dengan rumah anda untuk sertai peraduan ini dan miliki hadiah istimewa!

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana