Siakap Keli
tajamkan pisau mug
Kredit: TikTok

Guna Tapak “Mug”, Cara Mudah Nak Tajamkan Pisau Dapur Kalau Tak Ada Batu Asah

Guna Tapak “Mug”, Cara Mudah Nak Tajamkan Pisau Dapur Kalau Tak Ada Batu Asah

Pisau merupakan salah satu peralatan yang cukup penting dan wajib ada di setiap dapur di mana-mana rumah. Perkakas ini biasanya digunakan untuk memotong pelbagai bahan masakan mengikut saiz yang diingini.

Hari ini, terdapat pelbagai jenis bentuk, saiz dan fungsi pisau ditawarkan dalam pasaran. Setiap satu hadir dengan pelbagai keistimewaan yang ditawarkan oleh pengilang, namun ada satu persamaan iaitu semua pisau mestilah tajam.

Bagi mereka yang begitu teliti, pisau-pisau khas diperlukan untuk menghiris bahan-bahan masakan tertentu. Misalnya, pisau untuk menghiris sayur-sayuran berbeza sama ada daripada segi bentuk dan saiz dengan pisau untuk memotong daging.

Nampak kan, betapa pentingnya peranan pisau dalam kehidupan seharian, khususnya dalam bidang penyediaan makanan.

Namun, apabila pisau menjadi tumpul, peralatan tersebut tidak lagi dapat memenuhi fungsinya dan ia mendatangkan masalah kepada tukang masak.

Selain menyukarkan kerja-kerja menghiris, pisau yang tumpul juga menyebabkan hasil hirisan berakhir dalam keadaan yang tidak cantik.

Pengguna terpaksa memotong secara berulang kali sehingga meninggalkan kesan yang tidak diingini pada bahan masakan.

Kesan potongan yang tidak cantik inilah boleh menyebabkan tekstur masakan berubah dan menjejaskan keterampilan juadah tersebut secara keseluruhan.

Malah, mereka yang menikmati juadah yang disediakan juga mungkin meragui bakat dan kemahiran memasak yang seseorang tukang masak ada.

“Apa ni potong bergigi? Mesti baru pertama kali masuk dapur ni,” contoh kritikan tidak membina yang mungkin terpaksa ditelan si penyedia makanan.

Bagi mengelakkan kita ‘difitnah’ sedemikian, wajarlah kita mengasah pisau yang tumpul bagi memudahkan urusan untuk menyediakan bahan masakan.

Tanpa batu pengasah, anda masih boleh tajamkan pisau dengan menggunakan cawan mug

Jika tiada batu pengasah, apa yang patut kita gunakan? Berdasarkan video TikTok, Endeus.Tv (endeus.tv), kita sebenarnya boleh mengasah pisau tanpa menggunakan batu pengasah.

Helah ini hanya memerlukan satu perkakas yang memang sudah sedia ada di dapur rumah anda iaitu dengan menggunakan mug.

Caranya mudah sahaja, ambil mug yang diperbuat daripada bahan seramik dan terbalikkannya.

asah pisau guna mug
Kredit: TikTok

Seterusnya, jadikan bahagian bawah mug sebagai batu pengasah ‘segera’. Asah kedua-dua sisi pisau dalam satu arah sehingga anda mendapati mata pisau menjadi lebih tajam.

asah pisau guna mug
Kredit: TikTok

Selepas pisau yang diasah diyakini tajam, ambil pisau terbabit dan bilaskannya pada air yang bersih. Bagi menguji tahap ketajaman pisau selepas diasah pada belakang mug, boleh cuba dengan menghiris kertas terlebih dahulu.

@endeus.tv

Suka bingung kalo pisau udah tumpul? Nih, tips bikin pisau tajam meski tanpa asahan! Endeus #TipsDapur TipsMengasahPisauTanpaAsahan TipsDapurEndeus

♬ original sound – Endeus.TV – Endeus.TV

Semoga bermanfaat.

BACA: Kejap Kiri Kejap Kanan, Kenapa Posisi Tangki Minyak Tak Sama Setiap Kereta? Ini Jawapannya

Sumber: endeus.tv via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma