Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kuala Lumpur, 3 Ogos 2023 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang merupakan agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), hari ini telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman ini disaksikan oleh YB Senator Puan Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri PDN dan YB Dato’ Hj. Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.
Kerjasama strategik menerusi memorandum persefahaman ini bertujuan memberi peluang lebih ramai mahasiswa untuk menceburi bidang keusahawanan di samping mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan mendaftarkan perniagaan dalam usaha membangunkan persekitaran perniagaan yang kondusif.

Dalam ucapannya, YB Senator Puan Hajah Fuziah memaklumkan bahawa melalui MoU ini, SSM membuka peluang kepada para pelajar Institut Pendidikan Tinggi (IPT) sepenuh masa untuk memanfaatkan Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP). SPPP telah diperkenalkan pada 23 Disember 2020 untuk membantu golongan usahawan kumpulan B40, pasangan suami dan isteri golongan B40 serta pelajar IPT sepenuh masa bagi mendaftarkan perniagaan secara percuma.
Dalam majlis yang sama, YB Dato’ Hj. Mohammad Yusof Apdal turut memaklumkan bahawa kolaborasi KPT bersama pihak SSM ini adalah selari dengan aspirasi Lonjakan 1, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 yang antaranya telah menggariskan hasrat KPT untuk melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang.
Dasar Pembangunan Keusahawanan untuk Institusi Pendidikan Tinggi (DPK-IPT 2010) yang telah diwujudkan lebih awal oleh KPT pada tahun 2010 juga telah menetapkan objektif yang jelas untuk meningkatkan bilangan graduan yang menceburkan diri dalam bidang keusahawanan setelah tamat pengajian. Ini disusuli dengan Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi 2021-2025 yang mensasarkan matlamat untuk membentuk usahawan siswazah yang kompetitif dan lestari berlandaskan kepada pelaksanaan 3 teras utama iaitu pembentukan Ekosistem Keusahawanan Bersinergi, Kolaborasi Berimpak Tinggi serta Inovasi dan Teknologi dalam Keusahawanan.

Selain itu, mahasiswa juga berpeluang memanfaatkan SSM BizTrust yang diberikan oleh SSM secara percuma bertujuan untuk mewujudkan persekitaran pernjugaiagaan dalam talian yang berhemah di samping membantu merapatkan jurang kepercayaan di antara peniaga dan pembeli dalam talian.
Sehingga 31 Julai 2023, sebanyak 77,259 perniagaan telah didaftarkan di bawah SPPP, di mana sebanyak sebanyak 33,299 adalah terdiri daripada perniagaan yang didaftarkan oleh pelajar IPT sepenuh masa.
Turut hadir pada majlis berkenaan adalah YBhg. Dato’ Dr. Hj. Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, YBrs. Tuan Ahmad Sabki Yusof, Pengerusi SSM dan YBhg. Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-77214000 atau email kepada [email protected].