Siakap Keli
resepi air asam kerisik
Gambar: Mohd Hairulnizam Hj Johan

Yang Nak Buat Kenduri Boleh Cuba, Ini Resepi Air Asam Kerisik 

Yang Nak Buat Kenduri Boleh Cuba, Ini Resepi Air Asam Kerisik 

Majlis perkahwinan merupakan satu majlis bagi meraikan pasangan mempelai selepas selamat diijab kabulkan.

Sambutan majlis ini lazimnya dihidangkan dengan sajian makanan kepada tetamu. Bagi sambutan kenduri-kendara di kampung, khidmat orang ramai sentiasa ditagih dalam menjayakan suatu majlis tersebut.

Antara menu lauk pauk yang sering menjadi kegemaran penduduk termasuklah gulai kawah, pajeri rebung, sambal ayam, ikan masin (goreng), timun, sambal tumbuk dan banyak lagi.

Walau bagaimanapun, ia tidak lengkap dengan satu menu ini iaitu, Air Asam Kerisik yang menyelerakan.

Seiring peredaran waktu, resepi ini hari demi hari ditelan arus moden. Tidak ramai yang mengetahui menu kebanggaan penduduk terdahulu ini khususnya generasi muda.

Sehubungan itu, pihak SK hari ini akan berkongsikan satu resepi membuat air asam kerisik oleh Mohd Hairulnizam Hj Johan di bawah. Semoga bermanfaat.

Yang Nak Buat Kenduri-Kendara Anak-Anak Tengok Ni, Cara Buat Air Asam Kerisik

Gambar: Mohd Hairulnizam Hj Johan

Alhamdulillah. hari ni belajar dengan orang lama, cara untuk menyediakan air asam kerisik  atau (Cacapan bak kata orang banjar) kenduri kendara super sedap!

Kata orang kalau makan nasi kenduri takde air asam kerisik memang tak ngam la menu kenduri. Air asam ni sebagai pelengkap menu kenduri orang kampung. Sememangnya bila kenduri air asam kerisik ni jadi pemikat selera.

BACA JUGA: “Bila Masak, Elak Guna…”, Resepi Lebih 30 Tahun, Akak Ni Kongsi ‘Rahsia’ Masak Ayam Masak Merah “Style” Kenduri Kahwin

Bukan mudah nak dapat ilmu dari orang lama kalau kita sendiri tak mahu belajar, Jika tidak pasti generasi akan datang tak akan dapat merasa lagi masakan kenduri orang melayu zaman dahulu.

Thank you Pak Long Samsuri sebab sudi turunkan rahsia menyediakan air asam kerisik super mables. 

Bahan-bahan air asam kerisik kenduri kendara terlajak laris:

Gambar: Mohd Hairulnizam Hj Johan

Pertama, bawang besar 5kg (potong nipis dan tercerai satu-satu, basuh dengan garam ramas supaya hilang getah bawang, tapis dan tos)

Kedua, cili merah 2kg (potong nipis). 

Ketiga, kerisik 2kg (bergantung pada kesukaan).

Keempat, cili padi setengah kilo (potong halus). 

Kelima, tomato 3kg (potong nipis).

Keenam, belacan bakar 400 gram ambil pati airnya hampas buang. 

Ketujuh, asam jawa jenis yang kurang biji dalam 300 gram ambil airnya dan hampas dan biji buang. 

Kelapan, sos tomato 1 botol.

Kesembilan, sos cili sebotol setengah. 

Sepuluh, kicap cair.

Sebelas, susu cair 2 tin.

Dua belas, tomato pure 1 tin. 

Tiga belas, garam sesedap rasa.

Empat belas, gula ikut suka korang nak manis sikit atau kurang. 

Lima belas, pak aji nomoto sikit sebagai penyedap perisa.

Terakhir, penambahan kalau ada perut lembu yang dah direbus potong halus lagi best masukkan sekali.

resepi air asam kerisik
Gambar: Mohd Hairulnizam Hj Johan
Gambar: Mohd Hairulnizam Hj Johan
resepi air asam kerisik
Gambar: Mohd Hairulnizam Hj Johan
Gambar: Mohd Hairulnizam Hj Johan
resepi air asam kerisik
Gambar: Mohd Hairulnizam Hj Johan
resepi air asam kerisik
Gambar: Mohd Hairulnizam Hj Johan

Sumber: Facebook Mohd Hairulnizam Hj Johan

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?