JDT Tersenarai Antara 20 Pasukan Terbaik Di Asia Selepas Naik 32 Anak Tangga
Johor Darul Ta’zim FC (JDT) kini berada dalam kelompok antara 20 kelab bola sepak terbaik di benua Asia.
Berdasarkan data terkini yang dikeluarkan oleh Opta Analyst pada 9 Ogos, pasukan tersebut juga muncul sebagai kelab bola sepak terbaik di rantau Asia Tenggara.
Di peringkat global, JDT berada di ranking ke-415.
Difahamkan, JDT berjaya mengutip sebanyak 73.7 mata untuk beralih ke posisi lebih baik berbanding kedudukan terdahulu iaitu ke-447 di dunia, ke-31 di Asia dan kedua di Asia tenggara.
Untuk makluman, laman sesawang analisis bola sepak terbabit telah menyenaraikan ranking untuk hampir 13,500 kelab bola sepak seluruh dunia.
Setakat ini, tiada pasukan daripada Malaysia selain JDT yang tersenarai pada kedudukan 1500 teratas. Kebanyakan pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia menduduki di tangga 1,896 dan ke bawah.
Di peringkat Asia Tenggara, JDT berjaya mengatasi kedudukan Buriram United yang tersenarai pada kedudukan ke-603 dengan 71.9 mata.
Berdasarkan Power Rankings, Bayern Munich telah dinobatkan dsebagai pasukan terbaik di dunia dengan meraih 100 mata. Manakala, pasukan yang berada di belakang Bayern, iaitu Manchester City hanya ketinggalan beberapa mata dengan kutipan 98.32 mata.
JDT RANKED AMONG TOP 20 IN ASIA AFTER CLIMBING 32 SPOTS IN WORLD RANKING
Johor Darul Ta'zim FC (JDT) climbed up the football rankings to 415th in the world, 20th in Asia and first in Southeast Asia based on the latest data released by Opta Analyst on August 9.
JDT collected… pic.twitter.com/dxFks86A1C
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) August 10, 2023
JDT benam Sabah FC 5-1
BACA: “Bukan Kemahiran Bercakap, Tapi…”, Rafizi Dedah ‘Rahsia’ Nak Jadi Pendebat Yang Bagus
Sebelum ini, tiket bagi perlawanan Sabah FC menentang JDT dilaporkan habis terjual dengan lebih 15,000 penyokong memenuhi Stadium Likas malam tadi.
Walau bagaimanapun, penyokong pasukan Negeri Di Bawah Bayu terpaksa berputih mata apabila melihat pasukannya tewas di tangan JDT 1-5.
Keputusan 5-1 itu kekal sehingga tamat perlawanan dan mengekalkan kedudukan Sabah FC ditangga kelima liga dengan kutipan 36 mata. Manakala, JDT kekal ditangga teratas liga dengan kutipan sebanyak 57 mata.
Selepas ini, Sabah FC akan meneruskan aksi liga bertemu Kuala Lumpur (KL) City FC pada 13 Ogos ini di Stadium Likas.
Sebagai rekod, perlawanan pusingan pertama sebelum ini menyaksikan JDT menewaskan Sabah 4-0 di Stadium Sultan Ibrahim Iskandar Puteri pada April lalu.
BACA: Penonton Meninggal Dunia Ketika Saksikan Pertembungan Sabah FC Dan JDT
Sumber: @OfficialJohor via Twitter