Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ketua Menteri P.Pinang Pertahan Kerusi Padang Kota

Syed Faisal Sayed Muhammad
Ketua Menteri P. Pinang
Kredit BERNAMA

Ketua Menteri P.Pinang Pertahan Kerusi Padang Kota

GEORGE TOWN, 12 Ogos (Bernama) — Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berjaya mempertahankan kerusi Padang Kota untuk penggal keempat berturut-turut, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

Berdasarkan data keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 8.43 malam, Chow yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) H’ng Khoon Leng dengan majoriti 7,116 undi.

Chow memperoleh 8,261 undi manakala lawannya H’ng mendapat 1,145 undi.

Ahli Parlimen Batu Kawan itu merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Kota sejak 2008.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Chow dinamakan sebagai calon Ketua Menteri Pulau Pinang jika Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan negeri pada PRN ini.

Sumber: BERNAMA