Siakap Keli
anwar zahid jawatan
Kredit: Awani

Anwar, Zahid Patut Letak Jawatan – Muhyiddin

Anwar, Zahid Patut Letak Jawatan – Muhyiddin

Presiden Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi wajar untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri susulan penolakan rakyat terhadap parti gabungan tersebut.

Lapor Awani, beliau menyifatkan UMNO sudah tidak lagi relevan dalam politik negara apabila hanya memenangi 19 daripada 108 kerusi yang ditandinginya di enam negeri semasa Pilihan Raya Negeri (PRN).

Kata Muhyiddin, PN telah meraih kejayaan besar dalam kerana mendapat sokongan daripada pengundi Melayu dan ia membuktikan rakyat menolak gabungan politik Anwar Ibrahim dan Ahmad Zahid.

“Ini bermakna UMNO kalah 82 peratus daripada keseluruhan jumlah kerusi tersebut.

“PN juga berjaya memenangi kerusi campuran seperti Kulim dan kerusi majoriti kecil Melayu seperti Derga yang menunjukkan bahawa PN turut mendapat sokongan pengundi-pengundi bukan Melayu.

“Ini membuktikan penolakan besar-besaran orang Melayu dan termasuk juga masyarakat bukan Melayu terhadap gabungan politik rapuh dan perpaduan palsu yang diterajui oleh Anwar dan Ahmad Zahid.

“Maka benarlah pilihan raya negeri ini merupakan referendum penolakan rakyat terhadap kerajaan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“Anwar dan Ahmad Zahid yang menerajui gabungan ini mesti mengambil tanggungjawab moral dengan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dengan serta merta,” katanya dalam sidang media.

Muhyiddin turut menganggap PN memenangi 22 kerusi di Selangor sebagai kejayaan besar mereka sekali gus membuktikan gabungan itu berjaya menafikan majoriti dua pertiga kerajaan PH-BN di negeri tersebut.

Di mana sebelum ini PH menganggap Selangor sebagai kubu kuat PH.

BACA: Betul Ke PRN Boleh Tukar Kerajaan Persekutuan? Ini Beza Antara PRU Dengan PRN

Beliau yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) percaya PN akan berjaya merampas negeri Selangor sekiranya peratusan keluar mengundi lebih tinggi.

“PN mempertahankan negeri Kelantan, Kedah dan Terengganu dengan suatu kemenangan yang besar membuktikan sokongan padu pengundi-pengundi Melayu kepada PN.

“Pada masa yang sama, PN juga telah membuat ‘major inroads‘ di negeri Selangor dengan memenangi 22 kerusi berbanding hanya lima kerusi yang disandang oleh PN sebelum ini.

“Kesemua 22 kerusi ini ialah kerusi majoriti Melayu yang membuktikan bahawa PN mendapat sokongan besar pengundi-pengundi Melayu di Selangor,” ujarnya.

Sumber: Awani

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.