Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PRN: Calon “Heavyweight” PH-BN Kedah “Terkubur”

Iqbal Yasir
Calon "Heavyweight" PH-BN Kedah
Gambar: Sinar Harian

PRN: Calon “Heavyweight” PH-BN Kedah “Terkubur”

ALOR SETAR — Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini menyaksikan nama-nama besar pimpinan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Kedah tewas di kerusi DUN yang ditandingi masing-masing, lapor Sinar Harian.

Sebahagian daripada mereka dianggap sebagai calon heavyweight berputih mata selepas kiraan undian diumumkan semalam.

PRN Calon PH-BN Kedah
Gambar: Sinar Harian

Antaranya, Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang membuat kemunculan semula di kerusi DUN Pedu selepas gagal merebut dalam Pilihan Raya Umum (PRU) tahun lalu.

Beliau tewas kepada penyandang kerusi berkenaan, Mohd Radzi Mat Amin dengan majoriti 6,373 undi.

Sementara itu, Datuk Mahfuz Omar yang merupakan Pengerusi PH Kedah juga gagal merebut kerusi DUN Alor Mengkudu selepas bertembung buat kali kedua dengan pencabarnya, Radzi Mat Din. Pengerusi PH Kedah itu tewas dengan majoriti agak besar iaitu, 10,104 undi.

BACA JUGA: PRN: Ini Keputusan Penuh Di Keenam-Enam Negeri

Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh pula gagal mempertahankan kerusi yang disandangnya selepas dirampas oleh calon Perikatan Nasional (PN), Mardhiyyah Johari. Datuk Dr Ismail Salleh tewas di DUN Pengkalan Kundor dengan majoriti 11, 032 undi.

Dalam pada itu, Tan Kok Yew selaku Pengerusi DAP Kedah juga gagal mempertahankan kerusi DUN Derga selepas tewas kepada muka baharu.

Muhammad Amri Wahab dari Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) mengetepikan cabaran Tan Kok Yew dan Man Basiron (BEBAS) dengan majoriti 3,662 undi.

Selain itu, bekas Ketua Pembangkang DUN Kedah, Datuk Zamri Yusof juga gagal mempertahankan kerusi disandang di DUN Suka Menanti.

Beliau tewas kepada pencabar dari Perikatan Nasional (PN) Dzowahir Ab Ghani dengan majoriti 8,245 undi.

Tamparan Hebat Buat Kepimpinan PH-BN

Keputusan yang diperolehi dalam PRN ini memberikan tamparan hebat terhadap kepimpinan PH-BN yang sebahagian besar tewas selepas PN mengetengahkan banyak calon-calon baharu.

PN menang mudah di negeri itu selepas merampas 33 kerusi daripada 36 jumlah kerusi DUN yang dipertandingkan.

BACA JUGA: Betul Ke PRN Boleh Tukar Kerajaan Persekutuan? Ini Beza Antara PRU Dengan PRN

Sumber: Sinar Harian