Siakap Keli
sanusi bertahan walau berdarah
Kredit: BERNAMA

Muhammad Sanusi Tidak Akan Serah Kalah, Pilih Untuk Bertahan Walau Berdarah

Muhammad Sanusi Tidak Akan Serah Kalah, Pilih Untuk Bertahan Walau Berdarah

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyatakan dengan jelas bahawa beliau tidak akan pernah menyerah kalah walaupun berdepan kecaman berterusan daripada kepimpinan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Lapor Sinar Harian, sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) dijalankan, Muhammad Sanusi mengakui dirinya sedikit tertekan dengan serangan politik.

Walau bagaimanapun, demi kepentingan parti dan rakyat negeri, Muhammad Sanusi memilih untuk bertahan dengan pertolongan yang diberikan oleh Allah SWT selain sokongan rakyat dan rakan gabungan PN.

“Tipulah kalau saya kata saya tak rasa tertekan dengan serangan yang saya hadapi selaku ketua kerajaan. Saya dengan penuh tawaduk serta sokongan rakan-rakan dalam pimpinan selain rakyat menyebabkan saya terus yakin berdepan gerombolan pimpinan PH-BN.

“Semua hala meriam ke Kedah dan mereka pilih Kedah sebagai medan tempur dalam enam negeri PRN, saya jeneral perang peringkat nasional dan negeri perlu ‘cool’ untuk pastikan calon PN terus tenang hadapi cabaran,” katanya.

Beliau menjelaskan perkara itu ketika berucap di hadapan lebih 3,000 penyokong PN, kepimpinan dan ahli Pas di Kompleks Pas Kedah di Kota Sarang Semut pada awal pagi Ahad.

Jelasnya, walaupun dirinya mendapat serangan yang luar biasa namun sokongan yang diberikan daripada pelbagai pihak berjaya menjadi penguat semangatnya.

BACA: Saya Tak Berniat Pamer Kertas Undi – Muhammad Sanusi

“Saya serap semua serangan supaya yang lain terselamat daripada ‘tembakan’, ada la sipi (tersasar) kena pada calon lain atau negeri lain. Saya tetap bertahan walau berdarah.

“Kekuatan ini datang daripada ALLAH SWT, bukan pada diri saya saja. Kepercayaan diberikan untuk saya teruskan amanah saya lontarkan agar menjadi kenyataan,” tambahnya.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata perjuangannya terbukti dan tidak sia-sia apabila PN berjaya menang 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa PRN kali ini.

“Saya ingin sembahkan ucapan menjunjung kasih kepada Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang banyak berikan bimbingan, nasihat serta semangat untuk saya terus berjuang.

“Saya perlukan sokongan anda semua untuk teruskan cabaran, selain berdepan dengan kes mahkamah dan saman ratusan juta yang menanti. Namun saya tak akan menyerah begitu saja dan hadapi apa saja halangan dengan penuh yakin,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana