Siakap Keli
timbalan mb kelantan
Kredit: PAS Pusat

Hj. Nassuruddin Daud & Dr. Mohamed Fadzli Hassan Dilantik Sebagai MB, Timbalan MB Kelantan

Nassuruddin Daud & Mohamed Fadzli Hassan Dilantik Sebagai MB, Timbalan MB Kelantan

Dato’ Panglima Perang Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Daud sah dilantik sebagai Menteri Besar (MB) Kelantan. Manakala, Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Dato’ Haji Hassan pula telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menerusi dua hantaran di laman facebook rasminya sebentar tadi.

PAS Pusat turut mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pemimpin berkenaan diatas perlantikan tersebut serta memberikan ucapan maju jaya.

“Selamat menerajui bahtera kepimpinan kerajaan negeri menuju kecemerlangan duniawi dan ukhrawi melalui dasar Membangun Bersama Islam.

“Gabungan ulama dan profesional yang akan membawa pembaharuan di negeri Cik Siti Wan Kembang. Selamat berkhidmat!”

Sebelum ini, Nassuruddin Daud berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) N13 – Meranti pada Pilihan Raya Negeri Dun Kelantan pada 12 Ogos lalu.

Beliau berjaya menumpaskan satu-satunya pesaingnya, Zahri Omar (BN) dengan memperoleh majoriti 9,154 undi.

Mohamed Fadzli Hassan turut  memenangi kerusi bagi Dun N34 – Temangan dengan majoriti 7,479 undi.

Beliau telah menewaskan pesaingnya, Abdul Kadir Othman (BN) dan Fauzi Seman (Bebas) dengan jumlah undian sebanyak 11,446 undi.

Berita lanjut bakal menyusul

https://www.facebook.com/paspusat/posts/pfbid02b6fpChoLZVrkKAWdcdnjK5t9KFiHZeQDQua7Ssk51UfMW2Deay8eYMk45r4oAo9Cl

https://www.facebook.com/paspusat/posts/pfbid02kntBSoY1y1DrR4CEQKMSw4dFCnWu6CM9aP1sCsRmpQsvvrX648YwzzgC5NoXRLsal

BACA: Guna Cawan Plastik, Cara Susun Langsir Eyelet Bagi Nampak ‘Berombak’ Elok

Sumber: PAS Pusat via Facebook

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.