Siakap Keli
Pertunjukan Udara Michigan jet pejuang terhempas
Gambar: John Courage via CBS News

Detik Cemas Pertunjukan Udara, 2 Juruterbang Sempat “Eject” Sebelum Jet Terhempas

Detik Cemas Pertunjukan Udara, 2 Juruterbang Sempat “Eject” Sebelum Jet Terhempas

AMERIKA SYARIKAT — Dua orang indvidu dalam sebuah jet pejuang, MiG-23 berdepan detik cemas apabila pesawat berkenaan terhempas sewaktu pertunjukan udara Michigan semalam, lapor CBS News.

Menurut pihak berkuasa tempatan, kedua-dua mereka merupakan juruterbang dan penumpang jet pejuang era Soviet itu sempat melakukan pelepasan kecemasan (eject).

Jurucakap Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Wayne County, Randy Wimbley dalam satu kenyataan berkata kedua-duanya bagaimanapun mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

Kedua-dua mereka kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan tidak berdepan sebarang kecederaan serius.

Difahamkan, jet pejuang berkenaan dilaporkan terhempas di kawasan darat yang menyaksikan kepulan asap hitam naik ke udara.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku berhubung kejadian.

“Tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku di darat dan kenderaan yang terlibat sewaktu jet itu terhempas,” katanya.

Sementara itu, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dalam satu kenyataan berkata kedua-dua mangsa dalam pesawat selamat melakukan melakukan pendaratan dengan payung terjun kecemasan di Tasik Belleville.

BACA JUGA: Detik Cemas Pesawat Tergelincir Ketika Mendarat Di Landasan Tular

Jelas agensi tersebut, mereka merupakan sebahagian anggota pertunjukan udara Thunder Over Michigan yang dianjurkan oleh Muzium Udara Yankee.

Pertunjukan Udara Dibatalkan

Nahas terbabit berlaku pada penghujung pertunjukan hari kedua jam 4 petang.

Susulan kejadian, Ahli gabungan NBC WDIV dari Detroit telah mengumumkan baki pertunjukkan udara tersebut dibatalkan.

Sehingga kini, FAA dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan sedang menjalankan siasatan berhubung tragedi itu.

Pesawat Pemadam Kebakaran Terhempas Di Greece

Terdahulu, sebuah pesawat pemadam kebakaran dilaporkan terhempas di lereng bukit lalu terbakar di Greece tiga minggu lalu, lapor Newsweek.

Menurut laporan berita Greece ERT, nahas itu dilaporkan berlaku di Pulau Evie, berhampiran Athens di bandar Karystos.

Pesawat berkenaan telah terhempas selepas cuba memadamkan api yang sedang marak.  Klip yang memaparkan detik pesawat itu kemudianya tular di media sosial.

Difahamkan, kebakaran hutan di seluruh Greece menjadi perhatian lensa dengan dianggarkan seramai 3,500 orang terpaksa dipindahkan ekoran api yang sedang marak akibat kebakaran itu.

Sumber: CBS News 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?