Siakap Keli

TMJ Tawar Diri Tampil Dalam Podcast Keluar Sekejap

TMJ Tawar Diri Tampil Dalam Podcast Keluar Sekejap

Selepas dipecat dari United Malays National Organisation (UMNO) seusai Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu. Khairy Jamaluddin tampil bersama Shahril Hamdan yang juga turut digantung sebagai ahli UMNO dalam podcast Keluar Sekejap.

Podcast Keluar Sekejap membicarakan topik-topik hangat politik Malaysia, dasar-dasar kerajaan dan isu-isu semasa tempatan dan global. Podcast ini mendapat sambutan hangat dalam kalangan masyarakat apabila baru sahaja lima bulan ke udara, sudah mengumpul 113,000 subscribers di Youtube.

Semalam, Khairy memuatnaik story di laman Instagramnya satu tangkap layar komen dari seseorang. Individu tersebut adalah Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tengku Mahkota Johor. Beliau meninggalkan komen menawar diri tampil dalam program Keluar Sekejap.

“Baik ajak saya aja masuk Keluar Sekejap ni. No holds bar. Kasi gegar sikit negara ni,” ujar TMJ dalam komennya itu. Khairy memberi reaksi “Alamak” dalam story tersebut tanda terkejut dengan penawaran diri Tunku Ismail ke programnya itu.

Program Keluar Sekejap sebuah program yang memberikan satu dimensi baru dalam politik tanah air. Khairy dan Shahril selaku pengacara memberikan pendapat yang adil kepada semua parti. Panel-panel jemputan juga datang dari kalangan Menteri, pemimpin parti kerajaan dan juga pembangkang.

Setakat ini, tontonan paling tinggi dalam Keluar Sekejap adalah episod bersama Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah. Antara panel lain yang pernah menjadi tetamu adalah Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Saudara Nik Nazmi Nik Ahmad, Datuk Seri Azmin Ali dan Amirudin Shari.

TMJ Tawar Diri Tampil Dalam Podcast Keluar Sekejap

Sumber: KhairyKJ

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)