Tak Sama Macam Lain, Guna Tips Ini Untuk Dapatkan Cili Jeruk “Special”
Cili jeruk merupakan hidangan sampingan yang perlu ada sekiranya anda menyukai sajian yang memberi rasa pedas dan manis.
Kebiasaannya, ramai yang suka dengan rasa pedas sesuatu hidangan, lebih-lebih lagi jika pedas itu digabungkan dengan rasa manis, semestinya akan tambah nasi.
Kemungkinan juga, ramai yang menyimpan stok cili jeruk atau sambal di rumah untuk menambah perasa dalam makanan.
Apabila bercakap mengenai cili jeruk ini, rata-rata antara kita mesti mempunyai resipi tersendiri dalam menyediakan hidangan sampingan itu.
Ini kerana rasa tersebut boleh diubah mengikut selera masing-masing.
Pun begitu, ada cara yang lebih istimewa untuk jadikan cili jeruk itu manis, berperisa dan paling penting sedap untuk dimakan bersama sajian yang lain.
Mudah je sebenarnya, hanya memerlukan beberapa bahan, maka cili jeruk sudah siap untuk dihidang.
Tapi kalau nak lagi sedap, kena cari bahan yang tersenarai di bawah ini. Mari ketahui resipi yang dikongsikan oleh Aisyah Abdullahadi di bawah ini.
BACA: “Berair Hidung Makan”, Khairul Aming Kongsi Resipi Nasi Goreng Kampung
Cili jeruk kampung

Satu kilo cili kampung (buang kalau ada cili-cili rosak, cuci bersih tidak perlu buang tangkal dan sejat bagi kering).
Dah kering masukkan cili dalam balang penutup dan masukkan air kelapa mengikut paras cili.
Tutup dan biar selama seminggu. (Jangan buka penutup balang tu selama seminggu)
Saya simpan di luar saja, supaya cili lembut dan mudah proses nak menumbuk.
Simpan dalam peti boleh juga tapi cili lambat lembut.
Bila dah seminggu, buangkan air kelapa dan jangan bilas.
Bila satu minggu, air kelapa akan jadi keruh dan sedikit berkeladak. Jangan risau, okay sahaja.
Kali pertama buka balang tu nanti akan bau yang sangat membuka selera.
Boleh tumbuk atau kisar ditambah dengan garam, gula dan cuka secukup rasa.
Selesai kemudian bolehlah masuk dalam balang lain dan simpan dalam peti sejuk.
https://www.facebook.com/natureparadisegardenofficial/posts/pfbid02gS4YFdKknqNkavJbgh8HRvmFFVFS63VsWRqo6Hw1t8GffNEz38RGge4W2MA1pc9pl
Sumber: Aisyah Abdullahadi via Nature Paradise Garden/Facebook