Siakap Keli
Pemergian suami nahas elmina dugaan berpantang
Kredit: Bernama

Dugaan 54 Hari Berpantang Buat Isteri, Salah Seorang Mangsa Nahas Elmina Baru Timang Cahaya Mata

Dugaan 54 Hari Berpantang Buat Isteri, Salah Seorang Mangsa Nahas Elmina Baru Timang Cahaya Mata

Isteri kepada mangsa nahas pesawat di Elmina menganggap pemergian suami adalah satu dugaan ketika berpantang selama 54 hari.

“Saya baharu 54 hari berpantang selepas melahirkan anak ketiga dan masih lagi dalam keadaan terkejut mendengar perkhabaran nahas pesawat berkenaan,” kata Adlina Aisyah Ahmad Rusli (41).

Difahamkan, Adlina Aisyah yang berkhidmat sebagai Setiausaha Bahagian Pengurusan Dewan Negara. Beliau juga merupakan isteri kepada Allahyarham Idris Abdol Talib @ Ramali (41) mangsa nahas pesawat yang terhempas di Elmina, Shah Alam semalam.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu mengetahui nasib menimpa suaminya menerusi abangnya yang berkongsi pautan berita tentang nahas berkenaan.

Tidak menunjukkan sebarang tanda sebelum pergi buat selama-lamanya

“Tiada perubahan yang dilihat, arwah pergi kerja seperti biasa.

“Tidak menunjukkan apa-apa perbezaan. Saya amat terkejut dengan keadaan yang masih lagi berpantang namun ahli keluarga sentiasa ada memberi sokongan,” ujarnya ketika ditemu bual Sinar Harian.

Selain Adlina, bekas isteri kepada juruterbang nahas pesawat terhempas di Elmina itu juga turut memuat naik video penghargaan buat Allahyarham Kapten Heikal Aras Bin Abdul Azim.

Menerusi video berdurasi satu minit itu, wanita itu berkongsi beberapa keping gambar mereka sekeluarga.

Perkongsian video itu juga dilihat sebagai penghargaan terakhir wanita itu bagi mengingati pemergian bekas suaminya.

Selain gambar bersama arwah kapten Heikal, video itu turut diselitkan gambar kenangan keluarga mereka. Heikal dipercayai meninggalkan empat cahaya mata iaitu tiga orang lelaki dan seorang perempuan.

Di akhir video tersebut, terselit titipan terakhir, “Dalam ingatan memori. Al-Fatihah Heikal Aras Bin Abdul Azim. Awak tidak meninggal dunia tapi awak hanya terbang lebih tinggi.”

BACA LAGI: “You Never Replied,” Isteri Juruterbang Tak Sangka Suami Antara Mangsa Yang Terkorban

Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sepuluh mangsa maut termasuk dua orang awam yang berada berdekatan lokasi nahas secara kebetulan pada 2.40 petang.

Selain Idris, nahas pesawat jenis Beechcraft 390 (Premier 1) itu turut mengorbankan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun.

Pesawat peribadi yang dikendalikan oleh Jetvalet Sdn Bhd itu dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada jam 2.08 petang.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada pukul 2.08 petang dan sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz.

BACA: Ini Maksud & Asal-usul “Mayday”, Panggilan Kecemasan Penting Dalam Industri Penerbangan

Sumber: Sinar Harian

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma