Siakap Keli
Pemandu Grab sempat gurau manja
Kredit Facebook/Hazwani Hamdan

Pemandu Grab Sempat Bergurau Manja Dengan Isteri Sebelum Pergi Selamanya

Pemandu Grab Sempat Bergurau Manja Dengan Isteri Sebelum Pergi Selamanya

Seorang pemandu Grab yang dipercayai merupakan salah seorang mangsa nahas pesawat terhempas sempat bergurau manja dengan isteri sebelum meninggal dunia.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Hazwani Hamdan yang mendakwa dirinya merupakan saudara terdekat kepada mangsa.

Menurut perkongsian itu, pada awalnya mereka tidak mengetahui tentang identiti pemandu Grab yang menjadi mangsa dalam nahas tersebut.

“Ya Allah. Mami seharian duk ulas-ulas pasal nahas pesawat kat Elmina dengan dedi dari petang kelmarin lagi.

“Tiba-tiba pagi tadi dedi (suami) dapat berita, pemandu e-hailing Grab yang turut sama terkorban dalam nahas tu orang yang kami kenal. Al- Fatihah Pokcik Din,” tulis perkongsian Hazwani tersebut.

Mangsa yang mesra disapa sebagai Pokcik Din oleh Hazwani adalah merupakan suami kepada ibu saudara sebelah suaminya.

“Pokcik Din tu suami kepada ibu saudara dedi (suami). Ya Allah Ya Rahman. Ketor tangan nak terima berita berat ni,” tulis Hazwani yang tidak mempercayai berita yang diketahuinya itu.

Menerusi hantaran itu lagi, Hazwani turut sempat menitipkan ucapan takziahnya kepada isteri mangsa.

“Semoga Acik Su (isteri Arwah) dan anak-anak tabah atas kehilangan ketua keluarga. Sabar banyak-banyak atas ujian dari Allah ini,” tambah Hazwani lagi.

Semoga arwah dirahmati Allah

Selain itu, Hazwani juga sempat memohon orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan arwah Pokcik Din atau nama sebenarnya Sharipuddin bin Shaari.

“Mohon semua doakan kesejahteraan arwah Sharipuddin bin Shaari, semoga rohnya dirahmati Allah. Mohon semua kenalan mami dedi sedekahkan Al- Fatihah buat arwah dan doakan semoga Allah ampunkan dosa-dosa arwah.

Kredit Facebook

Dalam pada itu, muat naik hantaran itu turut disertakan beberapa keping gambar arwah bersama isteri serta keluarganya dan sekeping gambar tangkap layar mesej terakhir arwah.

Berdasarkan gambar tangkap layar tersebut, arwah dilihat sempat bergurau manja dengan isterinya dengan mengadu terluka akibat cermin mata.

BACA: Pesawat Terhempas Di Elmina: Penunggang Motosikal Dipercayai Antara Yang Terkorban 

Kredit Facebook

Mesej terakhir antara arwah dan isterinya menerusi tangkap layar itu menunjukkan jam 1.15 tengah hari, kurang dua jam sebelum kejadian nahas dilaporkan berlaku.

Dikesempatan ini, kami warga Siakap Keli ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga arwah dan mangsa-mangsa lain yang terlibat dalam nahas tersebut.

Sumber: Facebook/Hazwani Hamdan

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka