“You Never Replied,” Isteri Juruterbang Tak Sangka Suami Antara Mangsa Yang Terkorban
Isteri kepada juruterbang yang meninggal dunia seakan tidak menyangka bahawa suaminya itu merupakan antara mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat di Elmina, Shah Alam semalam.
Dalam video yang dikongsikan di TikTok miliknya, wanita itu sempat menghantar mesej di aplikasi WhatsApp bertanyakan berita nahas itu kepada suaminya.
Walau bagaimanapun, mesejnya itu tidak terbalas kerana suaminya itu ternyata adalah salah seorang mangsa yang terkorban.
Isteri kepada juruterbang nahas pesawat terhempas di Elmina itu juga turut memuat naik video penghargaan buat suaminya Kapten Heikal Aras Bin Abdul Azim.
Muat naik itu dibuat oleh isterinya menerusi perkongsian video di akaun TikTok @girle3900 miliknya.
“Heikal tidak meninggal dunia. Dia hanya terbang lebih tinggi,” tulis kapsyen muat naik video tersebut.
Menerusi video berdurasi satu minit itu, wanita itu berkongsi beberapa keping gambar mereka sekeluarga.
Perkongsian video itu juga dilihat sebagai penghargaan terakhir isteri arwah bagi mengingati pemergian suaminya yang tercinta.

Selain gambar si isteri bersama arwah kapten Heikal, video itu turut diselitkan gambar keluarga bahagia mereka. Heikal dipercayai meninggalkan empat cahaya mata iaitu tiga orang lelaki dan seorang perempuan.

Di akhir video tersebut, terselit titipan terakhir si isteri kepada suami yang dikasihinya.
“Dalam ingatan memori. Al Fatihah Heikal Aras Bin Abdul Azim. Awak tidak meninggal dunia tapi awak hanya terbang lebih tinggi.
“Tetapi anak-anak merindui awak sangat-sangat. Nahas Elmina, 17 Ogos 2023, Beechcraft Model 390 (Premier 1) dengan nombor pendaftaran N28JV LGK-SZB,” tulis titipan tersebut di akhir video.
BACA: Pemandu Grab Sempat Bergurau Manja Dengan Isteri Sebelum Pergi Selamanya
@girle3900 Heikal dont die He just fly higer 💔#fypシ #elminaaircrash #aircrash #aircrashstories #jetvalet #privatejet #beechcraft #beechcraftpilot #N28JV #pesawat #legendsdontdietheyflyhigh
PM Anwar Gagal Tahan Sebak, Air Mata Menitis Ketika Melawat Keluarga Mangsa Nahas Pesawat
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat mengesat air matanya menggunakan sapu tangan ketika melawat keluarga mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina sebentar tadi.
Kejadian itu berjaya dirakam oleh pengguna dan kemudian memuat naiknya di TikTok @sampoisgt.
Lawatan keluarga mangsa itu dibuat Anwar di Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) pada tengah hari tadi.
Lawatan itu turut diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. Selain itu, lawatan itu turut diiringi oleh Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.
Sumber: TikTok/@girle3900