Siakap Keli
wanita mohon kesan bapa mentua
Gambar: Bernama

“Abah Kat Mana?,” Wanita Mohon Bantuan Kesan Bapa Mentua Hilang Sejak 17 Ogos Lalu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Abah Kat Mana?,” Wanita Mohon Bantuan Kesan Bapa Mentua Hilang Sejak 17 Ogos Lalu

GOMBAK — Seorang lelaki dilaporkan hilang sejak 17 Ogos lalu (Khamis) sekitar jam 8 pagi.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh menantunya @aliahjennie di laman Twitter semalam.

Jelasnya, bapa mentuanya, Che Haron Ramli yang merupakan seorang pemandu e-Hailing dilaporkan hilang sekitar Gombak, Selangor bersama sebuah kereta.

“Mohon jasa baik semua tolong share. Ayah mentua saya tidak dapat dikesan pada 17 Ogos 2023 (Khamis) sekitar 8 pagi. Ayah mentua saya merupakan pemandu e-Hailing sekitar gombak. Kereta Bezza Putih dengan sticker Maxim No Plat WUP 7000,” maklumnya di platform tersebut.

Tambahnya, laporan polis telah dibuat dan dia memohon kepada sesiapa melihat atau mempunyai maklumat berhubung bapa mentuanya itu untuk segera tampil menghubungi abang dan kakak iparnya di talian 0189662278 (Firdaus) dan 0195353621 (Ikin).

BACA JUGA: Polis Minta Bantuan Kesan Remaja Lelaki Hilang Sejak Julai Lalu

Dalam masa yang sama, usaha menjejaki lelaki itu sedang diusahakan menerusi bantuan syarikat telco dan langkah pembekuan kad bank.

“Kami masih tak jumpa abah lagi. Laporan polis dah buat, Maxim dah call, kad bank bank belum block sebab kena tunggu Isnin. Tapi tengah cuba usaha untuk block kad bank abah hari ni juga.

“Abah kat mana abah? Tiga hari abah hilang. Abah makan ke tak? Abah makan apa Ya Allah,” katanya.

Difahamkan, Aliah dan suaminya kini sedang mengerjakan Umrah di tanah suci Mekah dan hanya tinggal abang dan kakak iparnya sahaja di Malaysia. Justeru, dia memohon bantuan orang ramai melalui platform tersebut.

“Minta tolong sangat-sangat. Kalau tak dapat carikan, share je pun tak apa. Sekarang kami anak beranak kat madinah and esok buat umrah. Yang tinggal di Malaysia hanya abang dan kakak ipar saya. Kami tak dapat nak bantu cari abah. Mampu berdoa banyak-banyak je kat sini,” katanya di Twitter.

BACA JUGA: Polis Minta Bantuan Kesan Remaja Lelaki Hilang Sejak Julai Lalu

Sumber: Twitter @aliahjennie

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.