Ada 8 Warna, Penggali Kubur Kongsi Liang Lahad Juruterbang Mangsa Elmina Seakan Dihiasi Pelangi
Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan satu nahas kapal terbang yang terhempas di Bandar Elmina di Shah Alam pada Khamis lalu.
Nahas tersebut telah mengorbankan seramai 10 orang melibatkan enam penumpang dan dua kru pesawat serta dua orang awam.
Media turut melaporkan kesemua jenazah mangsa nahas pesawat tersebut telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan masing-masing.
Terdapat banyak perkongsian yang dilakukan oleh orang ramai berkaitan dengan mangsa lebih-lebih lagi keluarga terdekat yang berkongsi detik-detik akhir mereka bersama.
Pun begitu, satu video memaparkan keadaan kubur dengan lapisan tanah pelbagai warna yang menyerupai pelangi telah menjadi tular di media sosial.
Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok bernama @mazlansalem yang dipercayai sebagai penggali kubur telah meraih perhatian orang ramai susulan liang lahad tersebut merupakan salah seorang mangsa nahas pesawat di Elmina.
Mazlan Salem berkata kubur itu adalah milik seorang juruterbang yang membawa pesawat pada hari kejadian.
“Hari ni (Ahad) dah masuk hari ketiga dah, jenazah yang ditunggu-tunggu, kapten kapal terbang tak kunjung tiba lagi. Kemungkinan, InsyaAllah lepas Zohor atau Asar hari ni, Ahad.
“Kebetulan hari ni ada satu lagi kematian. Seawal 7 pagi dah punchcard kat sini. Jadi, ada yang teruja dengan keindahan pelangi ni. Ini pandangan daripada dalam.
“Pandangan dari lubang kubur dia. Ia memang berlapis-lapis macam ni. Merah, coklat sikit, merah, hitam, ni kekuningan, sini hijau-hijau sikit dan membawa ke kuning. Ada lapan warna berbeza,” ujarnya.
BACA: Dashcam Tular Rakam Detik-Detik Pesawat Terhempas Di Elmina, Shah Alam
Kali pertama lihat kubur pelangi
Apabila ditanya oleh salah seorang komentar berkenaan dengan warna kubur seperti pelangi, lelaki itu menjawab dia pertama kali melihat warna liang lahad seperti itu.
Jelasnya, walaupun hampir setiap minggu ada kematian namun tidak ada yang serupa dengan kubur salah seorang mangsa nahas itu.
“Selama menjadi penggali kubur berapa kali tuan temui kubur seperti pelangi?” tanya warga maya.
“Setakat ini hampir setiap minggu ada kematian, kadang-kadang dua atau tiga lubang kena gali seminggu dan ini adalah pengalaman pertama dan seumpamanya di sini,” jawabnya.
Rata-rata orang ramai turut mengatakan kondisi tanah tersebut juga berada dalam keadaan yang baik dan menitipkan doa buat mereka yang terkorban.
@mazlansalem #elminacrash #jenazahkaptenpesawat #pengalikubur #sempadanakhirat #seindahpelangi🌈
Sumber: @mazlansalem/TikTok