Siakap Keli
35 dulang hantaran
Kredit: @hamidahgaffar/TikTok

Penuh Satu Rumah, Majlis Pertunangan Berlangsung Meriah Bakal Pengantin Terima 35 Dulang Hantaran

Penuh Satu Rumah, Majlis Pertunangan Berlangsung Meriah Bakal Pengantin Terima 35 Dulang Hantaran

Apabila lelaki dan perempuan bersetuju untuk berkahwin, mereka akan mula untuk merancang perkahwinan mengikut bajet yang dipersetujui.

Sesetengah daripada mereka ada yang memilih untuk mengikut syarat agama, di mana hanya melakukan perkara yang wajib sahaja seperti nikah tanpa majlis.

Pun begitu, jika bakal pengantin mahu majlis perkahwinan menjadi salah satu kenangan yang tidak boleh dilupakan, maka tidak salah untuk melakukan majlis perkahwinan secara besar-besaran.

Perkara seperti hantaran semestinya termasuk dalam senarai barang perkahwinan. Dalam Islam perkara yang wajib diberi hanyalah mas kahwin. 

Manakala, perkara yang lain semuanya bergantung kepada kemampuan bakal pengantin.

Kebiasaannya, pihak lelaki akan menghantar dulang hantaran kahwin kurang daripada pihak perempuan. Sebagai contoh, tiga berbalas lima, lima berbalas tujuh, tujuh berbalas sembilan dan lain-lain lagi.

Dulang hantaran lebih dari 30

Akan tetapi, satu video yang memaparkan jumlah dulang hantaran melebihi 30 telah meraih perhatian orang ramai susulan ia disifatkan sebagai perkara luar biasa.

Kredit: @hamidahgaffar/TikTok

Menerusi video yang dimuat naik oleh @hamidahgaffar, ia menunjukkan dulang hantaran tunang adalah 35 berbalas 13.

Ujarnya, ia telah menjadi kebiasaan buat keluarga mereka untuk memberi dulang hantaran yang banyak sekiranya salah seorang daripadanya mengikat ikatan yang sah.

Bagi orang awam, perkara itu kemungkinan adalah baru buat mereka namun pemilik akaun berkata sanak saudara dan jiran merupakan penyumbang utama dalam perkara itu.

“Menjadi kebiasaan dulang hantaran jadi banyak sebab saudara dan jiran-jiran bagi juga.

“Rezeki yang dapat tu, lagi-lagi dapat makanan atau manisan,” katanya.

Video yang tular itu memaparkan keadaan rumah yang dipenuhi dengan dulang hantaran tunang.

Dulang hantaran tersebut antaranya ialah buah-buahan, manisan dan banyak lagi.

BACA: Intan Najuwa Selamat Berkahwin, Mas Kahwin RM 20 Ribu & Barang Hantaran RM 222 Ribu

Reaksi warga maya

Keadaan itu mengejutkan warga maya, yang pertama kali menyaksikan kejadian itu susulan perkara itu jarang berlaku.

Memunggah di ruangan komen, warga maya turut menyatakan rasa kagum dengan idea tersebut kerana rata-rata mereka tidak dapat memikirkan hantaran apa yang perlu diberi.

“Yang tujuh balas sembilan ini pun dah termenung nak bagi apa,” komen warga maya.

“Macam mana boleh terfikir nak bagi apa sebagai hantaran hahaha seronoknya,” kata netizen.

“Saya tunang dulu 21 dulang. Makcik-makcik banyak taja, pihak lelaki 19 dulang,” ujar warga maya.

@hamidahgaffar

Menjadi kebiasaan dulang hantaran jadi byk sebab saudara2 dan jiran2 bg jugak..rezeki yg dapat tu😁 lg2 dpt makanan@manisan huu #orangjawa #dulanghantaran #hantaranpertunangan #adatjawa #adatmelayu #enggagement #enggagementday💍✨ #tunang #1stepcloser

♬ Dj Mabuk Cinta Kane Full Bass (Remix) – BL REMIX

Sumber: @hamidahgaffar/TikTok

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.