Siakap Keli
Al-nassr layak asia
AFP

Al-Nassr Layak Ke Liga Juara-Juara Asia

Al-Nassr Layak Ke Liga Juara-Juara Asia

Pasukan Al-Nassr dan Cristiano Ronaldo akhirnya layak ke Liga Juara-Juara musim ini. Ya, Liga Juara-Juara tapi di Asia yang dikenali sebagai AFC Champions League.

Pasukan berpangkalan di Saudi itu berjaya layak selepas menumpaskan pasukan dari Dubai, Shabab Al-Ahli dalam pusingan play-off dengan keputusan 4-2.

Al-Nassr memulakan musim baru Saudi Pro League dengan dua kekalahan. Dalam perlawanan ini juga, Al-Nassr ketinggalan 2-1 dan hanya berjaya bangkit pada 20 minit 15 minit terakhir.

Dua gol pasukan Shabab dijaringkan oleh Yahya Al-Ghassani pada minit ke-18 dan 46. Manakala gol Al-Nassr dijaringkan oleh Talisca pada minit ke-11 dan minit ke-95 (masa tambahan).

Sultan Al-Ghannam menyamakan kedudukan pada minit 88 dan Marcelo Brozovic menoktahkan kemenangan Al-Nassr dengan jaringan keempat pada minit 97.

Al-Nassr layak bersama-sama tiga lagi pasukan dari Saudi ke Liga Juara-Juara Asia bermula September ini iaitu Al-Ittihad, Al-Hilal dan Al-Fayha. Dari Liga Malaysia pula, pasukan Johor Darul Takzim akan mewakili Malaysia ke kejohanan ini.

Khamis ini (24 Ogos 2023) juga bakal berlangsung undian bagi menentukan kumpulan musim baru ACL Champions League. JDT berada di Pot ketiga dalam zon Timur.

Sumber: SI.com

BACA: Kecoh Di Luar Stadium, Tular Insiden Pergaduhan Dipercayai Lepas Perlawanan Pulau Pinang & Kedah 

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.