Siakap Keli
antraks manusia mongolia
Kredit: Awani

Jangkitan Antraks Terhadap Manusia Dilaporkan Di Mongolia

Jangkitan Antraks Terhadap Manusia Dilaporkan Di Mongolia

ULAN BATOR, 24 Ogos (Bernama-Xinhua) — Satu kes antraks menjangkiti manusia dilaporkan di wilayah Tuv, Mongolia, Xinhua memetik pihak berkuasa pada Khamis.

Kes itu disahkan di kawasan ternakan Mungunmorit, melalui ujian tindak balas rantai polimerase, menurut Pusat Kebangsaan Penyakit Zoonosis, sambil menambah bahawa kawasan berkenaan telah dikuarantin disebabkan wabak itu.

Anthrax ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Bacillus anthracis, yang berlaku secara semula jadi di dalam tanah dan memberi kesan kepada ternakan dan haiwan liar.

Orang ramai boleh mendapat penyakit antraks jika bersentuhan dengan haiwan yang dijangkiti atau produk haiwan yang tercemar.

Seorang maut & puluhan positif antraks, dipercayai makan daging lembu berpenyakit

Beberapa bulan lalu, 86 penduduk di Gunungkidul, Yogyakarta dilapor positif antraks selepas memakan daging lembu mati yang berpenyakit.

Menurut CNN, kejadian itu hanya diketahui selepas Pusat Perkhidmatan Gunungkidul (Dinkes) menerima laporan kematian pada 4 Jun lalu. Menurut pengarahnya, Dewi Irawati, laporan tersebut menyebut bahawa seorang penduduk Semanu meninggal dunia dipercayai akibat penyakit antraks.

Sebaik sahaja menerima laporan berkenaan, pihaknya segera melakukan penyiasatan dan menemubual beberapa saksi. Hasil siasatan tersebut, mangsa berusia 73 tahun yang maut itu sebelum ini bertindak menyembelih dan memakan daging lembu miliknya yang mati kerana sakit.

Sumber: BERNAMA

BACA: Gelombang Baharu, Jangkitan Covid Di China Dijangka Meningkat Hingga 65 Juta Kes Seminggu 

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana