Siakap Keli
covid di china
Kredit: Bernama

Gelombang Baharu, Jangkitan Covid Di China Dijangka Meningkat Hingga 65 Juta Kes Seminggu 

Gelombang Baharu, Jangkitan Covid Di China Dijangka Meningkat Hingga 65 Juta Kes Seminggu 

China dijangka akan menghadapi gelombang baharu bagi jangkitan Covid dengan ramalan lonjakan sebanyak 65 juta kes setiap minggu pada hujung Jun nanti, lapor NBC News.

Difahamkan, China dilaporkan bakal berdepan dengan gelombang baharu dengan kemunculan varian omicron XBB.

Lonjakan kes di negara terbabit mula berlaku kira-kira enam bulan selepas negara tersebut memansuhkan prosedur tegas untuk menangani Covid.

Perkara ini termasuklah lockdown, ujian covid secara besar-besaran, kuarantin dan kewajiban untuk memakai pelitup muka.

“Bagi gelombang kali ini, kebanyakan orang ramai tidak merasa seperti apa yang dihadapi dulu.

“Dulu ramai orang takut, sekarang mereka tidak merasakan ia merupakan satu perkara yang besar,” kata Qi Zhang (30) yang bekerja di syarikat kewangan di utara Tianjin.

Lonjakan kes dijangka bakal berlaku pada hujung bulan Jun, dengan ramalan angka jangkitan sehingga 65 juta kes

Data berkenaan gelombang jangkitan baharu telah didedahkan oleh seorang pakar penyakit respitori, Zhong Nanshan dalam sidang konferens perubatan pada minggu ini di Guangzhou.

Menurut media tempatan, beliau memberitahu hadirin bahawa gelombang wabak tersebut telah bermula pada hujung bulan April.

Berdasarkan modelnya, beliau meramalkan bahawa China bakal mencatatkan 40 juta kes jangkitan setiap minggu.

Pada akhir bulan Jun, jumlah jangkitan mingguan bakal meningkat sehingga mencecah 65 juta kes.

Sebagai perbandingan, Amerika Syarikat telah melaporkan lebih daripada lima juta kes seminggu ketika mencapai jumlah tertingginya pada hujung Januari.

Seperti Amerika Syarikat, China turut berhenti dari memaparkan perkembangan kes jangkitan Covid secara mingguan bermula pada bulan ini.

Perkara ini telah menyebabkan dunia sukar untuk melihat keadaan sebenar ketika lonjakan kes berlaku pada masa yang akan datang.

Sebelum ini, Amerika Syarikat telah mewajibkan pemeriksaan Covid terhadap pengembara dari China. Namun begitu, negara tersebut telah memansuhkan polisi tersebut pada bulan Mac lalu.

BACA: Ingatkan Pergi Tengok Wayang Tengah Malam Dengan Teman Wanita, Rupanya…

Sumber: NBC News

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma