Lelaki Sempat Luang Masa Angkat “Dumbell’ Atas Motor, Tunggu “Jammed” Reda
Satu video yang memaparkan aksi seorang lelaki yang sedang menunggang motosikal sambil menggunakan ‘dumbell’ tular di media sosial Indonesia.
Aksi lelaki berkulit putih itu telah menarik perhatian netizen kerana sempat menggunakan masa yang terluang ketika berada dalam kesesakan lalu lintas untuk bersenam.
Memetik Tribun News, lelaki itu didakwa sebagai pelancong asing yang sedang bercuti di kepulauan Bali, Indonesia.
Perkongsian video itu telah dimuat naik oleh seorang pengguna laman X yang menggunakan nama @ngurahsaka pada Isnin, 21 Ogos lalu.
“Lelaki kulit putih pilihan. Lelaki mat saleh gymnasium,” tulis kapsyen muat naik video tersebut.

Menerusi perkongsian video itu, lelaki yang memakai baju putih tidak berlengan di atas motosikal tersebut dilihat sedang berhenti ketika kesesakan lalu lintas.
Sambil menunggu giliran untuk berjalan, dia dilihat mengangkat ‘dumbell’ di kedua-dua belah tangannya.

Lelaki itu juga dilihat tidak menghiraukan orang ramai dan keadaan lalu lintas di sekelilingnya.
Dapat dilihat lelaki itu bersemangat mengangkat kedua-dua dumbell ketika kesesakan lalu lintas sambil mempamerkan ototnya.
Sejurus gilirannya untuk jalan, dia letak dumbell di motosikalnya kemudian berlalu pergi.
Muat naik video itu dengan pantas telah mendapat perhatian pengguna media sosial tersebut.
Mereka juga dilihat sempat meninggalkan komen berkenaan aksi lelaki mat saleh tersebut. Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Lakukan gim di jalanan,” tulis seorang netizen.
“Tak ada masalah, yang penting pakai topi keledar,” tulis seorang lagi netizen.
“Woi lawak betul, boleh pula dia buat macam tu bila orang lain sibuk dengan kesesakan lalu lintas,” tulis seorang netizen yang tidak mempercayai apa yang dilihatnya.
BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma
Bule Tipe baru,
Bule Gymnasium pic.twitter.com/pI2fDaYF8r
— Bli Saka (@ngurahsaka) August 21, 2023
Ahli Bina Badan Maut, Leher Patah Dihempap Besi 180 Kg Ketika Bersenam
Terdahulu, seorang ahli bina badan di Bali, Indonesia dilaporkan maut ketika sedang bersenam di gim, lapor New York Post.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di The Paradise Gym pada Sabtu lalu ketika dia sedang mengangkat berat.
Pada waktu itu, Justyn Vicky yang berusia 33 tahun sedang melakukan ‘squat’ dengan mengangkat beban melebihi 180 kilogram di belakangnya.
“Vicky gagal menyempurnakan angkatan itu dan jatuh ke hadapan, lalu menyebabkan palang berat tersebut bergerak dari bahu ke paras belakang lehernya sehingga menyebabkan lehernya patah,” lapor Bali Discovery.
Sumber: Tribun News, X/@ngurahsaka