Siakap Keli
puting beliung berapi
Kredit X/@BCGovFireInfo

Fenomena Puting Beliung Berapi Berlaku Ketika Kebakaran Hutan Melanda Kanada

Fenomena Puting Beliung Berapi Berlaku Ketika Kebakaran Hutan Melanda Kanada

Puting beliung api yang sangat jarang dilihat dilaporkan berlaku semasa kebakaran hutan di Kanada pada minggu lalu, lapor Daily Mail.

Fenomena berapi itu dikatakan berlaku semasa kebakaran hutan di Tasik Downtown berhampiran Lillooet pada 17 Ogos lalu. Kebakaran besar itu juga telah menyebabkan langit bertukar warna.

Video kejadian itu telah berjaya dirakam oleh bomba yang bertindak balas terhadap kebakaran tersebut.

Video itu juga kemudiannya telah dikongsikan di media sosial dan mendapat perhatian ramai pengguna media sosial yang lainnya.

Perkhidmatan Kebakaran Liar British Colombia (BC Wildfire) berkata bahawa pusaran api itu ialah lajur gas dan api yang berputar dengan kuat akibat kebakaran tersebut.

Kredit X/@BCGovFireInfo

Gabungan keadaan sejuk yang melalui wilayah itu serta cuaca panas dan kering dalam tempoh beberapa hari telah membawa kepada kejadian puting beliung api tersebut.

Sehingga kini, masih tidak jelas sama ada puting beliung berapi itu telah menyebabkan kecederaan atau kerosakan harta benda di kawasan kebakaran tersebut.

Kredit X/@BCGovFireInfo

Sementara itu, BC Wildfire turut sempat dilihat berkongsi video puting beliung berapi itu di laman X dan menjelaskan kejadian itu dalam beberapa hantaran.

Mereka berkata, keadaan unik dan kebakaran melampau itu tidak pernah dialami sewaktu kebakaran hutan di kawasan tersebut.

Rakaman video perkongsian itu menunjukkan ribut dilihat berpusing di langit dan mencampakkan serpihan kebakaran.

Angin kencang dari barat daya dipercayai menjadi penyebab kepada kebakaran membesar dengan kuat.

Kelembapan relatif sebanyak 14 peratus pada jam 4 pagi adalah sangat jarang berlaku dan pengurangan kelembapan di udara sebanyak 12 darjah turut direkodkan.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Penurunan kelembapan itu adalah ketara apabila dibandingkan pada malam sebelumnya dengan catatan 68 darjah.

“Gabungan keadaan dan tingkah laku kebakaran ini menyebabkan ia menjadi semakin dahsyat. Ia mencapai keamatan yang tidak dapat dilihat walaupun pada siang hari,” kata perkhidmatan kebakaran hutan tersebut.

Gabungan unik keamatan api yang tinggi, angin kencang dan ketidakstabilan jisim udara ini telah membawa kepada pembentukan puting beliung api di Gun Lake.

Sumber: Daily Mail

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka