Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kinabatangan, 24 Ogos – Semua murid, guru dan kakitangan Islam Sekolah Paris 3 berjumlah 478 orang telah membuka akaun simpanan Tabung Haji (TH) untuk menunaikan fardu haji yang merupakan objektif utama pendeposit TH.
Pengarah TH Wilayah Sabah dan Sarawak, Datin Nurlaila Said berkata walaupun sekolah ini terletak jauh di kawasan pedalaman, kira-kira 500 kilometer daripada Kota Kinabalu, ia merupakan sekolah pertama di Sabah dengan seratus peratus murid dan guru-gurunya telah membuka akaun TH.

“Aktiviti pembukaan akaun di sekolah tersebut telah dilakukan sejak 22 Jun lalu melalui kaunter bergerak TH serta secara dalam talian mererusi pautan dan aplikasi THiJARI dengan simpanan permulaan serendah RM2 sahaja. TH berharap inisiatif ini akan menjadi contoh kepada sekolah-sekolah lain agar dapat menerapkan minat menabung di usia muda,” kata Datin Nurlaila lagi.
Disamping berusaha untuk menyempurnakan rukun Islam, kelebihan menyimpan wang di TH juga turut meyakinkan pelajar dan guru sekolah. Ini termasuklah simpanan yang patuh syariah, jaminan penuh Kerajaan dan zakat yang dilunaskan.
Pada masa kini, seramai 523,584 atau 33.78 peratus umat Islam di Sabah telah membuka akaun TH dengan pendaftaran haji seramai 164,958 orang atau 31.51 peratus.
Pembukaan akaun boleh dibuat secara atas talian di sini, https://www.thijari.com.my/