Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

JAKARTA, 25 OGOS 2023 – YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), yang mengetuai Delegasi Kementerian pada Misi Perdagangan Francais ke Jakarta, Indonesia telah merasmikan Pavilion Francais Malaysia di International Franchise, License & Business Concept Expo & Conference (IFRA 2023) yang berlangsung 25 Ogos hingga 27 Ogos 2023 di Jakarta, Indonesia.
Delegasi ini juga terdiri daripada pegawai-pegawai KPDN dan Persatuan Francais Malaysia (MFA). Sebanyak dua belas (12) jenama Malaysia telah menjadi pempamer di IFRA 2023, jenama-jenama tersebut adalah Marrybrown, Globalart, HOME Maths Therapy, Smart Reader Kids, Laundrybar, Q-dees, US Pizza, MY Art Studio, Mokti’s, MyeongDong Topokki, Genius Aulad dan Little Caliphs.
IFRA 2023 ini diadakan selama tiga (3) hari di Indonesia Convention Centre (ICE) bertempat di Tangerang ini telah dirasmikan oleh wakil Menteri, Kementerian Dagang, Republik Indonesia, Bapak Septo Soepriyatno, Pengarah Bina Usaha, Kementerian Dagang, Republik Indonesia.

YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof di dalam ucapannya juga yakin syarikat-syarikat yang menyertai misi perdagangan ke Jakarta, Indonesia ini akan mendapat hasil bagi pulangan pelaburan kepada negara. Ianya adalah selaras dengan sasaran potensi pelaburan yang ditetapkan sebanyak RM50 juta bagi kesemua 12 syarikat yang menyertai misi perdagangan ini.
Dalam program yang sama di IFRA 2023, YBhg. Datuk Azman juga mempengerusikan mesyuarat perniagaan bersama pihak industri francais Indonesia yang turut dihadiri bersama oleh Pengerusi Asosiasi Francais Indonesia (AFI) Bapak Anang Sukandar. Di dalam mesyuarat berkenaan itu, beberapa isu berkaitan francais dibangkitkan bagi dibincangkan dan diselasaikan bersama.
Semasa pameran IFRA 2023 berlangsung, sebanyak dua (2) memorandum persefahaman (MoU) oleh jenama MyeongDong Topokki dan Genius Aulad bersama rakan perniagaan mereka di Indonesia telah ditandangani bagi pembukaan outlet di Jakarta, Indonesia. Keseluruhan nilai perjanjian bagi kedua-dua MoU yang ditandatangani ini membabitkan nilai pelaburan sebanyak RM7.5 juta.

Selain daripada itu juga, YBhg. Datuk Azman juga dijadualkan untuk merasmikan outlet ketiga US Pizza, syarikat francais Malaysia yang beroperasi di Jakarta, Indonesia dan juga mengadakan lawatan ke outlet MyeongDong Topokki dan Globalart bagi melihat operasi syarikat mereka di sana.
