Kerjasama ini menggabungkan aktivasi di premis dan saluran pembelian digital bagi membantu jenama Malaysia menjangkau lebih ramai pengguna melalui pengalaman membeli-belah barangan runcit harian.
SETIA ALAM, 27 OKTOBER 2026 – Jaya Grocer dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini melancarkan kempen Jom Beli Produk Malaysia bagi membuka lebih banyak peluang kepada jenama Malaysia untuk mendekati pengguna menerusi aktiviti membeli-belah barangan runcit harian. Pelancaran yang berlangsung di Jaya Grocer Eco Ardence itu kemudian disambung dengan aktiviti Supermarket Sweep 2.0, yang menyaksikan 100 Ahli Jaya Grocer berpeluang menyertai aktiviti membeli-belah barangan runcit bernilai sehingga RM2,000 sambil mengenali jenama tempatan yang mengambil bahagian.
Kempen Jom Beli Produk Malaysia mencerminkan usaha KPDN untuk memperkukuh ekosistem perdagangan domestik dengan menggalakkan rakyat Malaysia memilih produk buatan tempatan. Sebagai rakan niaga runcit, Jaya Grocer menyokong inisiatif ini dengan mengetengahkan jenama Malaysia yang mengambil bahagian melalui kategori produk khusus, paparan di dalam premis serta pengalaman membeli-belah interaktif, sekali gus membantu pengguna mengenali dan meneroka produk tempatan semasa membeli-belah.
“Sebagai jenama pasaraya asal Malaysia, kami melihat aktiviti membeli-belah harian sebagai peluang untuk memperkenalkan kepelbagaian produk tempatan yang tersedia kepada Ahli kami. Melalui kerjasama dengan KPDN, kami ingin menjadikan pengalaman mengenali jenama Malaysia lebih menarik, di samping membuka lebih banyak peluang kepada perniagaan tempatan untuk mendekati pengguna,” kata Daniel Teng, Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer.
Meneruskan kejayaan Supermarket Sweep tahun lalu yang menarik kira-kira 200 orang peserta dan hadirin, aktiviti tahun ini memberi peluang kepada 100 Ahli Jaya Grocer untuk mengenali jenama tempatan menerusi pengalaman membeli-belah yang interaktif. Dari 1 hingga 30 September 2026, Ahli Jaya Grocer yang berbelanja sekurang-kurangnya RM200 dalam satu transaksi, termasuk pembelian sekurang-kurangnya satu produk daripada jenama tempatan yang mengambil bahagian, sama ada di premis atau melalui GrabMart, layak dipilih untuk menyertai aktiviti tersebut.
Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Dato’ Rohaizi Bahari, Setiausaha Bahagian Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup; bersama Mohd Zuhairi Mat Radey, Timbalan Setiausaha Bahagian Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup; Daniel Teng, Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer; dan Joseph Teoh, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer.
“Setiap pembelian produk buatan Malaysia merupakan peluang untuk menyokong pengeluar, usahawan dan pekerja tempatan, di samping memperkukuh ekosistem perdagangan domestik negara. Peruncit memainkan peranan penting dalam mendekatkan jenama tempatan kepada pengguna, dan kami menghargai komitmen Jaya Grocer dalam memberikan keterlihatan yang lebih luas serta membuka peluang kepada jenama Malaysia untuk mendekati pembeli. Melalui kempen Jom Beli Produk Malaysia, kami berharap agar pemilihan produk tempatan menjadi sebahagian daripada amalan membeli-belah harian rakyat Malaysia yang lebih bermakna,” kata Dato’ Rohaizi Bahari, Setiausaha Bahagian Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Kempen tahun ini menampilkan lapan jenama tempatan, iaitu NutriPlus, Nuuna, Grab Signatures, Oriental Kopi, Riinse, Premier, Clenara dan Zen Garden. Selain Supermarket Sweep 2.0, Jaya Grocer turut memperluas pelaksanaan kempen ini ke 10 cawangan terpilih melalui kategori produk tempatan khusus serta paparan di dalam premis yang menampilkan bahan paparan rak Jom Beli Produk Malaysia. Inisiatif ini memberikan pendedahan yang lebih meluas kepada jenama Malaysia yang mengambil bahagian di lokasi terpilih, termasuk Sunway Pyramid, LaLaport dan KLIA2, serta cawangan Jaya Grocer di Melaka dan Johor.

Kempen Grab Bike turut diperkenalkan di pelancaran tersebut bersempena kerjasama dengan KPDN, dengan penyertaan 10 orang rakan penghantar Grab bagi memeriahkan acara. Dalam kempen tersebut, Grab Bike akan digunakan untuk meningkatkan keterlihatan inisiatif Jom Beli Produk Malaysia.
Sebelum ini, pada bulan September, kira-kira 1,200 kanak-kanak dan anggota keluarga telah menyertai aktiviti Kids Treasure Hunt yang diadakan di cawangan Jaya Grocer terpilih pada 12 dan 13 September 2026, bagi memperkenalkan jenama tempatan yang mengambil bahagian melalui pelbagai aktiviti interaktif. yang. Seterusnya, pada 26 dan 27 September 2026 pula, aktiviti Guess the Brand mengajak Ahli Jaya Grocer meneka jenama tempatan berdasarkan paparan logo yang tidak lengkap, sekali gus menggalakkan mereka meneroka jenama Malaysia ketika membeli-belah. Sepanjang kempen ini, dianggarkan seramai hampir 5,000 pelanggan telah menyertai pelbagai aktivasi di dalam premis pasaraya.
Melalui ekosistem Grab yang lebih luas, produk Jaya Grocer, termasuk produk daripada jenama tempatan yang mengambil bahagian, turut tersedia menerusi GrabMart, memberikan pengguna pilihan yang mudah untuk membeli barangan runcit secara dalam talian.
