Siakap Keli
warga emas rentung
Kredit: BERNAMA

Lelaki Warga Emas Rentung Dalam Kebakaran Rumah Di Tangkak

Lelaki Warga Emas Rentung Dalam Kebakaran Rumah Di Tangkak

TANGKAK, 27 Ogos (Bernama) — Seorang warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Sungai Pilah, Bukit Gambir, di sini, pagi tadi.

Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba Rafiah Aziz berkata lelaki berumur 81 tahun yang dipercayai tinggal berseorangan itu ditemukan rentung di bahagian dapur rumah berkenaan.

Beliau berkata terdahulu, satu jentera ‘Fire Rescue Tender’ (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir dan satu FRT serta satu utiliti bantuan dari BBP Tangkak dengan 16 anggota, digegaskan ke lokasi kejadian selepas Pusat Gerakan Operasi (PGO) negeri menerima panggilan kecemasan pada 6.16 pagi.

“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati benar berlaku kebakaran melibatkan sebuah rumah separuh kekal berkeluasan 20 x 40 kaki persegi telah musnah 80 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Saksi dengar bunyi letupan kuat, nampak mangsa rentung

Sebelum ini, media melaporkan saksi insiden pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Elmina minggu lalu mengakui ternampak mangsa terbakar rentung dalam keadaan terbaring.

Menurut Nur Alia Nordin, 28, semasa kejadian beliau berada dalam rumah di Kampung Kubu Gajah sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan kuat menyebabkan beliau segera berlari keluar rumah untuk melihat punca bunyi tersebut.

“Saya nampak asap hitam dari lokasi kejadian iaitu tiga kilometer dari rumah dan terus bergegas ke tempat kejadian yang hanya mengambil masa tiga minit.

“Sebaik tiba, saya nampak sebuah motosikal dan pesawat sedang terbakar,” katanya kepada Bernama di lokasi kejadian.

Sumber: BERNAMA

BACA: Haram Sebarkan Video Atau Gambar Mangsa Yang Rentung – Dr Zulkifli

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana