Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

28 Ogos 2023, Wisma Tani – Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) mengambil perhatian serius terhadap kenyataan akhbar tempatan berkaitan pelepasan sisa air radioaktif terawat Fukushima bertarikh 24 Ogos 2023 serta kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 23 Ogos 2023, di mana KKM akan mengenakan pemeriksaan Tahap 4 (pengawasan) di pintu masuk negara terhadap produk makanan berisiko tinggi yang dimport dari negara Jepun untuk analisis kandungan bahan radioaktif.
Dalam perkara ini, pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) akan memberikan kerjasama kepada KKM bagi memastikan hasil perikanan di pasaran adalah bebas bahan pencemar.
Sebagai langkah kawalan, DOF akan memastikan import ikan marin (hidup) adalah bebas daripada kandungan cemaran radionuklid dan setiap konsainan perlu mempunyai Sijil Kesihatan Ikan daripada negara pengimport yang sedang berkuatkuasa. Semua pengimport konsainan ikan hidup perlu memohon permit import daripada MAQIS dan mematuhi syarat-syarat permit import yang telah dinyatakan oleh DOF di dalam permit MAQIS tersebut.
KPKM melalui Jabatan/Agensi sentiasa memastikan SOP Pemantauan dilaksanakan sebaik mungkin secara berterusan dan bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk memastikan keselamatan makanan dan keterjaminan makanan kepada seluruh rakyat Malaysia.