Semangat Bulan Kemerdekaan, Ini Panduan Pasang Bendera Pada Kereta Dengan Betul
Dua hari lagi seluruh rakyat Malaysia bakal menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-66. Sudah tentu ramai yang tidak sabar dengan menyiapkan pelbagai persediaan bagi hari bersejarah ini.
Tambahan lagi, acara tahunan ini juga terkenal dengan “Kiraan Detik Kemerdekaan” pada malam ambang kemerdekaan (30 Ogos). Ia juga dimeriahkan dengan pertunjukan bunga api pada waktu malam.
Setiap kali memasuki bulan kebangsaan, pastinya bendera Jalur Gemilang megah berkibar di mana-mana sahaja khususnya di jalan Raya.
Suasana ini juga disemarakkan oleh orang ramai yang turut meletakkan bendera negara pada kenderaan masing-masing. Ia sekaligus menandakan semangat cinta akan negara dalam setiap warganegara Malaysia.
Bagi yang masih belum meletakkan bendera pada kenderaan, masih belum terlambat lagi untuk melakukannya. Dalam pada itu, hari ini pihak SK akan berkongsikan panduan pemasangan bendera yang betul.
Jom ikuti perkongsian di bawah.
Panduan Pemasangan Bendera Pada Kenderaan
Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN), pemasangan bendera pada kereta merupakan bukti bagi menunjukkan semangat cintakan negara dan memeriahkan sambutan Bulan Kemerdekaan ini.
BACA JUGA: Kenapa Bunga Raya Dipilih Sebagai Bunga Kebangsaan? Ini Sejarahnya Yang Perlu Anda Tahu
Selain itu, orang ramai juga bebas mengibarkan bendera jalur gemilang di tempat-tempat bersesuaian pada kenderaan. Pemasangan tidak menjadi masalah selagi bendera tersebut tidak membahayakan keselamatan pemandu dan pengguna jalan raya yang lain.
Berikut panduan pemasangan bendera Jalur Gemilang:
1. Untuk Pembesar-Pembesar Tertentu
Lazimnya, golongan pembesar atau kerabat akan meletakkan bendera bahagian sisi depan kereta seperti gambar di bawah.

2. Kenderaan Awam
Seperti yang dimaklumkan, orang ramai boleh meletakkan bendera di mana-mana bahagian kenderaan selagi tidak membahayakan pengguna jalan raya lain serta mengikut kesesuaian.
Sebagai contoh, bendera boleh diletakkan pada bahagian bonet depan kereta dan di atas bumbung kereta seperti rajah di bawah.

3. Pemasangan Bendera Yang Tidak Betul

Meskipun bebas meletakkan pada mana-mana bahagian, ia juga mengambil kira keselamatan pengguna jalan raya lain.
Antara pemasangan bendera yang salah termasuklah meletakkan bendera yang sangat besar sehingga menghalang penglihatan pemandu dan pengguna jalan yang lain.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Selamat Hari Kemerdekaan ke-66, tunjukkan semangat patriotik anda dengan mengibarkan Jalur Gemilang.
Sumber: Majlis Keselamatan Negara