Siakap Keli
Cara Tanggalkan "Tinted" Lampu
Kredit TikTok/@lindaisnurkhalish

Tak Perlu Keluar Modal, Wanita Kongsi Cara Mudah Tanggalkan “Tinted” Lampu Kereta

Tak Perlu Keluar Modal, Wanita Kongsi Cara Mudah Tanggalkan “Tinted” Lampu Kereta

Penjagaan kereta yang baik mampu memberi peningkatan ketahanan jangka hayat yang lama bagi sesebuah kereta.

Penjagaan di bahagian enjin terutamanya sangat penting kerana jika enjin dijaga dengan baik ia dapat memastikan kereta anda berada di tahap yang optimum.

Selain enjin kereta aksesori di bahagian luar juga perlu dijaga dan dititikberatkan. Sebagai contoh tayar, lampu dan sebagainya.

Bercakap soal lampu, bagi mereka yang pernah membuat ‘tinted’ di bahagian lampu pasti pernah mengalami keadaan di mana ‘tinted’ tadi menjadi gelap dan terkoyak.

Nak hantar kedai, khuatir ia akan memakan modal yang banyak pula. Jadi lebih baik buat sendiri.

Tapi persoalannya, adakah cara yang boleh dibuat tanpa mengeluarkan modal yang besar?

Justeru perkongsian pada hari ini akan berkongsikan cara bagaimana mahu mencabut ‘tinted’ lama pada bahagian lampu kenderaan anda.

Perkongsian tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @lindaisnurkhalish.

Menurut wanita itu, bahan yang paling penting untuk melakukan proses itu adalah air panas yang mendidih.

Kredit TikTok

Proses ini turut boleh dilakukan oleh kaum wanita

Tambahnya, kaum wanita pun boleh melakukan proses ini dengan sendiri tanpa bantuan sesiapa.

Caranya adalah dengan menjirus air panas tadi ke atas lampu yang di pasang ‘tinted’ tersebut.

Jirus sehingga ‘tinted’ tadi kelihatan sudah mengembang lalu ambil benda tajam seperti pisau untuk mencungkilnya.

Kredit TikTok

Kalau masih tidak boleh, siram lagi sekali dengan air panas sampai anda boleh tarik ‘tinted’ tadi dengan mudahnya.

“Sambil tarik ‘tinted’ tu, korang siram lagi air panas. Tarik, siram, tarik, siram perlahan-lahan. Jangan sampai terkena tangan,” kata wanita tersebut di dalam video perkongsian berkenaan.

Kredit TikTok

Selepas ‘tinted’ tadi ditanggal, ia akan meninggalkan kesan seperti gelembung. Jangan risau, menurutnya kesan tersebut boleh hilang dengan hanya menggosok kertas pasir secara perlahan-lahan.

BACA: Viu Buat Showcase Percuma 31 Ogos, Boleh ‘Meet & Greet’ Artis Termasuk Bunkface & MK K-Clique

Perkongsian mudah daripada wanita itu dengan pantas mendapat perhatian pengguna media sosial tersebut. Mereka juga dilihat meninggalkan komen berkenaan proses yang dikongsi oleh wanita tersebut.

“Cara ni berkesan untuk tanggalkan ‘tinted’ yang dah terbakar, yang hitam. Saya guna cara yang sama juga,” tulis seorang netizen yang bersetuju dengan cara wanita tersebut.

“Guna hair dryer lebih cepat,” tulis seorang lagi netizen yang memberi idea menggunakan alat pengering rambut.

Diharap dengan perkongsian pada kali ini boleh memberikan manfaat berguna kepada pembaca di luar sana.

@lindaisnurkhalish

Semoga manfaat untuk semua. Jimat weii. #fypシ #carabuangtintedkereta #caracucitintedkereta #carahilangkantintedkereta

♬ original sound – LindaNurKhalish Shop – LindaNurKhalish Shop

Sumber: TikTok/@lindaisnurkhalish

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.