Siakap Keli
4 aktiviti & tempat bercuti

4 Aktiviti & Tempat Bercuti Dengan Anak-Anak, Mesra Bajet Tapi “Confirm” Anak Gembira

4 Aktiviti & Tempat Bercuti Dengan Anak-Anak, Mesra Bajet Tapi “Confirm” Anak Gembira

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk luangkan masa berkualiti bersama keluarga dan anak-anak. Sebenarnya tanpa perlu mengeluarkan modal beribu ringgit pun dah boleh buat anak-anak gembira.

Apa yang penting bagi mereka hanyalah aktiviti dan keberadaan ibu bapa di samping mereka sahaja. Ibu bapa pula sebaiknya ketepikan gajet dan hanya fokuskan kepada anak-anak sahaja.

Bila bercakap soal cuti ini, pasti ramai ibu bapa akan memikirkan lokasi sesuai untuk membawa anak-anak pergi bercuti. Kadang-kala nak pilih tempat ini boleh memakan masa dan memeningkan kepala.

Jadi untuk memudahkan anda, ikuti lokasi sesuai untuk bawa anak-anak cuti seperti berikut:

1. Air terjun dan pantai

Pelbagai aktiviti yang boleh dibuat jika anda memilih untuk membawa keluarga bercuti di air terjun dan pantai ini antaranya ialah berkelah, memancing, berkhemah, bbq, bina istana pasir, mandi manda, dan bermacam-macam lagi.

Sesekali bawa keluarga nikmati keindahan alam pun seronok juga kan. Sambil-sambil itu boleh semaikan sifat cintakan alam pada diri anak-anak.

2. Cuti@McD

Tapi kalau anda merancang untuk bawa anak-anak untuk buat aktiviti indoor sahaja, anda boleh cuba bawa mereka ke McDonald. Pasti mereka teruja.

Sempena cuti sekolah ini, McDonald ada menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk anak-anak anda mengisi masa lapang. Antaranya adalah Kids Burger Workshop, Fashionista Kecil serta Warna Happy Home di mana mereka akan mempelajari proses membuat burger sendiri selain diberikan hadiah apabila memperagakan pakaian kebangsaan. Menarik kan?

Tapi perlu diingatkan bahawa aktiviti ini hanya berlangsung pada 26 – 27 Ogos dan 2 – 3 September sahaja tau.

Cara untuk mendaftar anak anda untuk menyertai aktiviti ini mudah sahaja. Anda hanya perlu ke laman web McDonald, pilih negeri, kemudian pilih restoran McDonald yang berdekatan anda, selepas itu pilih tarikh dan jumlah anak anda yang ingin ikut serta. Akhir sekali baca polisi tempahan dan terus klik daftar sekarang.

Selepas anda selesai mendaftar, wakil daripada McDonald akan menghubungi anda untuk mengesahkan tempahan. Perlu diingatkan bahawa pendaftaran ini terhad kepada 20 peserta untuk setiap restoran sahaja dan yuran penyertaannya pula adalah sebanyak RM35 untuk setiap peserta.

 

3. Taman permainan

Kanak-kanak mana yang tak suka taman permainan, kan? Inilah salah satu tempat paling meriah dengan gelak tawa anak-anak. Silap haribulan, boleh jadi drama air mata bila ibu bapa nak ajak balik.

Di sini juga anak-anak boleh berjumpa kawan baru dan bersosial dengan rakan sebaya. Untuk buatkan mereka lebih gembira, ibu bapa boleh belanja ais krim mahupun bawa bekal kudapan dari rumah.

4. Rumah sendiri

Kalau tidak mahu susah-susah, anda juga boleh pasang sahaja khemah di hadapan rumah dan luangkan masa bersama anak anda melakukan aktiviti stargazing. Jimat kos dan tidak perlu bersusah payah keluar jauh-jauh.

Sebenarnya pelbagai aktiviti dan tempat yang boleh bawa anak berjalan ketika cuti sekolah. Tapi paling best dan eksklusif mestilah bawa ke Cuti@Mcd sebab banyak aktiviti yang menarik. Kalau anda berminat nak bawa anak-anak anda sertai aktiviti yang dianjurkan McDonald’s itu, anda boleh klik di sini untuk mendaftar.

Aqmal Ezany

I write what is right