Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kadar Inflasi Menurun, Malaysia Dalam Kedudukan Baik – Rafizi Ramli

Syed Faisal Sayed Muhammad
kadar inflasi menurun
Kredit BERNAMA

Kadar Inflasi Menurun, Malaysia Dalam Kedudukan Baik – Rafizi Ramli

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli pada hari ini menjawab persoalan ramai berkenaan penurunan kadar inflasi di Malaysia.

Menurutnya, pengawalan inflasi di negara ini telah menjadi keutamaan Kerajaan Perpaduan supaya ia tidak meningkat secara drastik.

Perkara itu dikongsikan Rafizi menerusi hantaran muat naiknya di laman X miliknya sebentar tadi.

Tambahnya, sekiranya kadar inflasi ini tidak dikawal dan akan berterusan naik, maka ia mampu menjejaskan kuasa beli rakyat.

“Sekiranya kadar inflasi naik berterusan, ia akan mengikis kuasa beli rakyat bila mana pendapatan tidak naik pada kadar yang sama dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan,” tulis muat naiknya itu.

Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa setiap kerajaan di dunia ini akan menfokuskan untuk mengimbangi kadar inflasi di negara mereka.

Keperluan untuk mengimbangi kadar inflasi dengan kadar pertumbuhan ekonomi perlu dilakukan agar ia seiring dalam pengukuhan ekonomi sesebuah negara.

Beliau turut menjelaskan bahawa ekonomi yang mampan ialah apabila ia dapat mengimbangi dari segi kadar inflasi yang tidak melonjak dengan cepat sehingga tidak terkawal.

Ekonomi yang tidak mampan boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan gaji

Jika ekonomi sesebuah negara tidak mampan, maka kadar pertumbuhan ekonomi dan pertumbuhan gaji tidak akan seimbang.

Dalam pada itu, Rafizi turut sempat memberikan contoh beberapa negara yang mengalami keadaan inflasi yang membimbangkan. Antaranya ialah negara Argentina dan Turkiye.

Justeru, beliau telah memberitahu bahawa kadar inflasi Malaysia yang berada pada tahap 2% merupakan satu berita baik buat negara.

BACA: Viu Buat Showcase Percuma 31 Ogos, Boleh ‘Meet & Greet’ Artis Termasuk Bunkface & MK K-Clique

“Dengan keadaan ekonomi global hari ini, Malaysia berada dalam kedudukan baik kerana kadar inflasi kita mereda kepada 2% berbanding kebanyakan negara lain di dunia masih mencatatkan kadar inflasi dua angka.

“Kalau inflasi itu tidak dikawal dan meningkat secara drastik. Itu akan menyebabkan kuasa membeli rakyat itu semakin lemah. Bila ini berlaku, bukan sahaja kos sara hidup ia juga akan memberi kesan yang besar kepada pertumbuhan ekonomi,” tulisnya lagi.

Selepas penerangan ini dibuat, beliau berharap rakyat akan lebih memahami berkenaan konsep mengawal inflasi cukup penting buat negara ini.

Sumber: X/@rafiziramli