Siakap Keli
kepci pelajar tahfiz
Gambar: Tangkap layr video tular

Kepci Muzik Festival: Kerajaan, KFC Tidak Dimaklumkan Mengenai Jemputan Pelajar Tahfiz

Kepci Muzik Festival: Kerajaan, KFC Tidak Dimaklumkan Mengenai Jemputan Pelajar Tahfiz

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) — Seorang lelaki hari ini mengaku bertanggungjawab membawa pelajar tahfiz ke Kepci Muzik Festival yang berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor, Sabtu lepas bersempena sambutan 50 tahun KFC.

Andrie Ung Han Xiang dalam kenyataan memaklumkan bahawa kerajaan dan KFC, tidak terlibat dan tidak dimaklumkan mengenai jemputan pelajar tahfiz, untuk hadir ke program berkenaan.

“Inisiatif ini sepenuhnya dari pihak saya, yang ikhlas untuk memberi peluang kepada anak-anak yatim yang kurang berkemampuan, untuk merasai pengalaman menghadiri festival tersebut dan diraikan bersama-sama.

“Saya dengan bantuan dan sumbangan dari rakan-rakan, telah berjaya mengumpulkan seramai 700 orang anak-anak yatim dari 22 buah rumah anak-anak yatim seluruh negara,” katanya hari ini.

Ung berkata tujuan menjemput pelajar tahfiz ialah untuk memeriahkan festival, yang turut menyediakan permainan kanak-kanak seperti ‘Bouncing Castle’.

“Untuk makluman, kanak-kanak yang ditularkan memakai jubah hijau dan berserban putih itu dari Madrasah Watahfiz al-Quran Rohingya TTDI Jaya. Mereka ini dari anak-anak pelarian Rohingya beragama Islam dan hampir tidak tahu untuk berkomunikasi di dalam Bahasa Melayu.

“Tujuan kami hanya ingin menghiburkan mereka, kerana di dalam Islam sendiri tidak membezakan sempadan dan status pendatang haram mereka,” katanya.

Sebelum ini tular video di media sosial yang memaparkan kehadiran pelajar tahfiz menonton festival berkenaan.

Sumber: BERNAMA

BACA: Bayi Lelaki Ditemukan Di Luar Pusat Tahfiz

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana