Wanita Pasrah, Tertuang Kicap Berisi Cicak Dalam Masakan
Sebuah video yang memaparkan penemuan bangkai seekor cicak di dalam bungkusan kicap telah tular di media sosial Indonesia.
Video yang telah dikongsikan oleh Terang Media di Instagram itu menunjukkan bangkai cicak itu muncul dan hampir terkeluar dari bungkusan kicap.
Ketika kejadian, wanita yang sedang memasak itu dipercayai sedang menyediakan hidangan ayam kicap.
Justeru setelah kicap di letakkan ke dalam masakan, baru dia perasan kewujudan haiwan itu yang hampir terkeluar dari bungkusan.

Berdasarkan video perkongsian itu lagi, jelas kelihatan cicak itu seperti sudah lama berada di dalam bungkusan kicap tersebut.
Malah mata cicak itu juga kelihatan sudah tiada dan badannya disaluti kicap di beberapa bahagian.
Di dalam video itu juga kelihatan hidangan ayam kicap yang hampir sudah siap masak di atas dapur rumah wanita tersebut.

Muat naik itu kemudiannya dengan pantas telah mendapat perhatian netizen dan mereka dilihat sempat meninggalkan komen mereka berkenaan kejadian itu.
Antara komen yang mendapat perhatian adalah:
“Buang sahaja, daripada mendapat penyakit. Lebih baik jaga daripada merawat. Semoga ibunya ada duit lebih untuk membeli kicap yang baru,” tulis seorang netizen.
“Paling selamat guna kicap botol ibu, harga pun murah. Saya pernah guna kicap begini tapi tumpah yang banyak,” tulis seorang lagi yang mencadangkan wanita itu menggunakan kicap botol.
“Jika beli yang jenis bungkus begitu dan sudah digunakan, lebih baik menyimpannya di dalam peti sejuk,” tulis seorang lagi yang memberi nasihat.
BACA: Viu Buat Showcase Percuma 31 Ogos, Boleh ‘Meet & Greet’ Artis Termasuk Bunkface & MK K-Clique
Penduduk Kampung Jana Pendapatan Lebih RM13K Sebulan Jual Cicak Tokek
Sebelum ini, penduduk kampung di Thailand dilaporkan mampu menjana pendapatan lumayan pada musim panas daripada aktiviti memproses dan menjual cicak tokek, lapor The Thaiger.
Penduduk kampung di Ban Tal di wilayah timur laut Nakhon Phanom, dilaporkan berjaya menjana pendapatan sekitar USD2,860 (RM13,374) sebulan.
Ekoran mendapat pulangan yang lumayan, penduduk di daerah Nah Wah itu dikatakan tidak melepaskan peluang untuk menangkap amfibia yang banyak ketika cuaca panas.
Kampung Ban Tal Thai cukup dikenali dengan pekerjaan bermusim yang unik. Mereka dikatakan bergantung pada hasil jualan cicak tokek yang lumayan selama lebih 30 tahun.
View this post on Instagram
Sumber: Instagram/TerangMedia