Siakap Keli
ronaldo messi ucl
Gambar: AFP

Tiada Lagi Kelibat Ronaldo Mahupun Messi Dalam UCL, Kali Pertama Selepas 20 Tahun

Tiada Lagi Kelibat Ronaldo Mahupun Messi Dalam UCL, Kali Pertama Selepas 20 Tahun

Saingan terulung bola sepak peringkat kelab di benua Eropah, Liga Juara-juara (UCL) pada tahun ini dianggap hilang sedikit serinya.

Ini kerana, buat kali pertama tiada kelibat Cristiano Ronaldo mahupun Lionel Messi yang akan mewarnai kancah saingan tersebut selepas 20 tahun.

Umum sudah pun maklum, Ronaldo dan Messi dianggap antara dua pemain bola sepak terbaik sepanjang zaman dan mencipta legasi besar di Eropah. Namun, kedua-duanya tidak lagi ‘merumput’ di sana selepas masing-masing berkelana ke Arab Saudi dan Amerika Syarikat.

Ronaldo melakukan debut dalam saingan elit kelab Eropah itu pada 1 Oktober 2003 manakala debut Messi pula pada 7 Disember 2004.

Tiada lagi kelibat Ronaldo mahupun Messi dalam UCL

Sejak itu, kedua-duanya atau sekurang-kurangnya salah seorang daripada mereka tidak pernah terlepas daripada bersaing dalam saingan tersebut bersama kelab diwakili mereka setiap tahun.

Ronaldo bermain di UCL untuk tiga kelab iaitu Mancheseter United, Real Madrid dan Juventus. Beliau memenangi sebanyak lima kejuaraan UCL dan paling cemerlang bersama Real Madrid.

Seterunya, Messi mencipta sebahagian besar nama di UCL bersama Barcelona sebelum berhijrah ke PSG. Ketiga-tiga trofi UCL dalam koleksinya adalah ketika bersama The Catalan.

Kali terakhir di pentas UCL

Ronaldo meninggalkan Eropah selepas dipikat Al-Nassr dan saingan UCL terakhirnya adalah bersama MU pada musim 2021/2022. Pada musim berkenaan, beliau menjaringkan enam gol untuk The Reds Devil.

Kepulangan semula Ronaldo ke kelab yang menjadi permulaan kepada segala kemasyhuran dunia bola sepak yang dikecapinya itu tidak berkakhir dengan enak.

Persengketaan dalaman termasuk tindakan beliau mengkritik pengurusan tertinggi MU secara terbuka dalam satu temu bual sedikit sebanyak menggugat status legenda kelab yang dipegangnya.

Manakala Messi bermain untuk saingan elit itu buat kali terakhir pada musim lepas, 2022/2023 bersama gergasi Ligue 1, Paris Saint-Germain.

Kisah Messi juga tidak kurang menariknya. Segunung harapan diletakkan di bahu beliau untuk membantu menukar status jaguh kampung yang disandang PSG dan memburu kejuaraan sulung UCL.

Namun, piala yang didambakan tidak pernah kunjung tiba. Di atas kertas, gandingan beliau di bahagian serangan PSG, bersama Mbappe dan Neymar adalah senjata ampuh yang mampu memenangkan apa sahaja trofi untuk kelab itu. Namun realitinya, mimpi kejuaraan UCL PSG hanya tinggal mimpi sehingga ke hari ini.

Saingan baru, musim baru, juara baru?

Semalam, undian peringkat kumpulan UCL 2023/2024 sudah pun berlangsung dengan komposisi kumpulan F paling mencuri tumpuan.

Kumpulan yang dianggap sebagai kumpulan maut itu diisi oleh PSG, Borussia Dourtmund, AC Milan dan pendatang baru daripada EPL, Newcastle United.

Manakala penyandang juara, Manchester City diundi berada dalam Kumpulan G. Mampukah skuad bimbingan Pep Guardiola itu mempertahankan kejuaraan mereka pada musim ini? Sama-sama kita nantikan.

BACA: Imam Meninggal Dunia Selepas Beri Khutbah & Imamkan Solat Jumaat, Rebah Selepas Beri Salam

Sumber: ESPN

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.