Tiga Maut Kemalangan Tiga Kereta Di Kota Tinggi
JOHOR BAHRU, 2 Sept (Bernama) — Dua wanita dan seorang lelaki maut dalam kemalangan melibatkan tiga kereta di KM50.1, Lebuhraya Senai-Desaru menghala ke Bandar Penawar dekat Kota Tinggi, tengah hari tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, Pegawai Bomba Kanan 1 KUP Izwani Abd Hamid berkata kejadian pada 1.43 tengah hari itu mengorbankan tiga mangsa yang menaiki Perodua Bezza.
“Kesemua yang meninggal dunia ialah Nurul Afrahrina Sazli,19, Nurina Izzatie Kamarul Azman,19, dan Iqbal Faiz Mat Sah, 20.
“Seorang lagi mangsa yang menaiki kenderaan sama, dikenali sebagai Izznur Harith,19, cedera parah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata seorang lelaki, dua wanita dan seorang kanak-kanak perempuan, kesemuanya berusia 11 hingga 51 tahun yang menaiki kereta Toyota Innova hanya mengalami cedera ringan manakala seorang lelaki berusia 50 tahun yang memandu kereta Volkswagen, selamat.
“Seramai enam anggota dari BBP Bandar Penawar dan sembilan dari BBP Pasir Gudang dengan dua jentera digegaskan ke lokasi kejadian untuk memberikan bantuan.
“Sebaik tiba, ada mangsa yang tersepit, dibantu oleh pasukan keluaran operasi untuk dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas,” katanya.
Beliau berkata kesemua mayat dan mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk tindakan lanjut manakala operasi berkenaan ditamatkan pada 3.50 petang.
Tiga maut dalam kemalangan babit tiga kereta di KM50.1, Lebuhraya Senai-Desaru, Kota Tinggi, hari ini – Bomba
📸 Bomba pic.twitter.com/xNa7XQsm5S
— BERNAMA (@bernamadotcom) September 2, 2023
BACA: Ingat Benda Sama Rupanya Tak, Ini Beza “Router” Dengan “Modem” WiFi Ramai Tak Tahu
Sumber: Bernama via Twitter