Siakap Keli
pusat undi awal prk pulai
Gambar: Bernama

Dua Pusat Undi Awal PRK Pulai Dibuka 8 Pagi Ini

Dua Pusat Undi Awal PRK Pulai Dibuka 8 Pagi Ini

JOHOR BAHRU, 5 Sept (Bernama) — Dua pusat pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai di Balai Polis Kempas di Kempas dan Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua di Tampoi, dibuka serentak pada 8 pagi ini.

Proses pengundian awal hari ini melibatkan seramai 927 pemilih terdiri daripada pegawai dan anggota polis akan menunaikan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat baharu.

Mengikut data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 46 orang akan mengundi di pusat mengundi awal Bilik Gerakan, Balai Polis Kempas, manakala 881 orang akan mengundi di Dewan Nusantara, Markas PPM Wilayah Dua.

BACA JUGA: PRK Pulai, Simpang Jeram: 22 Borang Penamaan Calon Dijual Setakat Semalam

Pusat mengundi awal di Balai Polis Kempas akan dibuka hingga 12 tengah hari, sementara pusat mengundi awal di markas PPM Wilayah Dua, akan ditutup pada 5 petang ini.

PRK itu diadakan susulan kematian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub, yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, pada 23 Julai lepas.

Bagaimanapun, tiada pengundian awal untuk kerusi DUN tersebut.

SPR menetapkan hari pengundian bagi kedua-dua kerusi tersebut pada Sabtu ini, selepas tempoh berkempen yang bermula pada 26 Ogos lepas, berakhir pada 11.59 malam, 8 Sept.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?