Siakap Keli
pesawat gender reveal party terhempas
Kredit: TikTok

“Gender Reveal Party” Bertukar Tragedi, Pesawat Ringan Buat Gimik Terhempas, Juruterbang Maut

“Gender Reveal Party” Bertukar Tragedi, Pesawat Ringan Buat Gimik Terhempas, Juruterbang Maut

Seorang juruterbang maut selepas pesawat ringan yang dibawanya, yang menjadi sebahagian daripada gimik acara ‘gender reveal party‘ terhempas di Mexico pada Ahad lepas.

Detik-detik sebelum tragedi maut itu berlaku dirakam oleh tetamu majlis berkenaan sebelum menjadi tular di media sosial.

Menerusi video berkenaan, pesawat ringan tersebut terbang melintasi lokasi acara itu diadakan sebelum melepaskan asap berwarna merah jambu.

Ketika itu, semua tetamu termasuk, penganjur parti telah menunggu di hadapan papan tanda yang bertulis ‘Oh baby‘, yang dihiasi dengan beberapa belon berwarna biru dan merah jambu.

Video itu kemudian menunjukkan sayap kiri pesawat tersebut seolah-olah patah dan tercabut daripada pesawat. Rakaman kemudian beralih kembali ke arah pasangan suami isteri yang bakal menimang cahaya mata itu.

Perakam dipercayai tidak menyedari situasi yang menimpa pesawat ringan berkenaan selepas terbang melintasi kawasan tersebut.

Pasukan paramedik Sinaloa Red Cross sempat memberikan rawatan awal kepada mangsa di lokasi pesawat tersebut terhempas.

Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut, namun mangsa gagal diselamatkan.

Menurut CNN, pihak berkuasa di Navolato, Sinaloa berkata juruterbang tersebut disahkan meninggal dunia di hospital ketika menerima rawatan.

Pihak berkuasa juga tidak mendedahkan butiran peribadi mangsa termasuk identitinya dan punca nahas belum dapat dikenal pasti.

Dalam pada itu, polis memaklumkan tiada orang awam yang terlibat dalam kemalangan terbabit termasuk tetamu yang berada di acara berkenaan.

@nzherald

Did the crowd even notice?! 😱😱😱 #genderreveal

♬ original sound – nzherald – nzherald

Beberapa kes berpunca dari ibu bapa ingin mengadakan ‘gender reveal party’ yang bersifat ekstra

Untuk maklumat, gender reveal party adalah satu cara menarik untuk berkongsi jantina bayi yang bakal lahir kepada keluarga dan rakan-rakan.

Kebiasaannya, pasangan memilih untuk memotong kek yang mengandungi aising berwarna di dalamnya sebagai gimik. Ada juga yang memilik gimik yang berbeza seperti pertunjukan bunga api dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, ada segelintir pasangan memilih gimik yang dianggap berlebihan dan boleh menyebabkan berlakunya insiden tidak diingini.

Pada 2017, satu kejadian kebakaran berlaku yang berpunca daripada gimik berlebihan gender reveal party di Arizona, Amerika Syarikat.

Dalam acara tersebut, tetamu diminta menembak pada sasaran yang bertulis Lelaki dan Perempuan.

Sasaran tersebut difahamkan telah dilengkapi dengan bahan mudah meletup, Tannerite yang biasa digunakan dalam senjata api.

Ketika sasaran tersebut meletup, kepulan asap biru muncul menunjukkan bahawa bayi yang bakal dilahirkan berjantina lelaki.

Malangnya, letupan tersebut turut mencetuskan kebakaran pada semak samun yang berada berdekatan dengan lokasi parti terbabit.

Penganjur parti berkenaan terpaksa menanggung kerugian apabila diarahkan membayar ganti rugi bernilai $8 juta (RM 37.26 juta) kerana menjadi punca kebakaran hutan seluas 47,000 ekar.

BACA: Macam Ini Rupanya Radio Pilih Lagu Untuk Diputarkan, Haniff ERA Dedah Proses Berlaku Ramai Tak Tahu

Sumber: CNN

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.