Ultras Lyon Beri Amaran Kepada Para Pemain Susulah Kekalahan Memalukan Di Tangan PSG
Ultras bagi pasukan bola sepak Olympique Lyon melaungkan amaran keras kepada para pemain pasukan tersebut susulan kekalahan 4-1 kepada Paris Saint-Germain di halaman sendiri pada Ahad lalu, lapor Daily Mail.
PSG telah berpesta gol pada separuh masa pertama dengan hasil jaringan oleh Kylian Mbappe sebanyak dua gol, Achraf Hakimi satu dan Marco Asensio satu gol.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Groupama itu berakhir dengan keputusan 4-1 selepas Corentin Tolisso berjaya menjaringkan gol hasil sepakan penalti.
Lyon kini berada di tangga tercorot dengan hanya memiliki satu mata selepas empat perlawanan.
Video amaran keras dari peminat itu telah menjadi tular di seluruh pelusuk media sosial.
Insiden itu bermula selepas wisel penamat dibunyikan oleh pengadil perlawanan.
Para pemain dapat dilihat menghadap ke arah ultras Bad Gones yang merupakan kumpulan ultras paling terkemuka di Lyon dan terbesar dalam Ligue 1.
Pemain Lyon hnya merenung ke arah peminat ketika salah seorang pemimpin ultras bercakap kepada mereka menggunakan mikrofon.

“Kepada skuad Olympique Lyonnais 2023-2024, mesej ini ditujukan kepada anda. Kepada mereka yang menyandang status pemimpin di bilik persalinan, mereka tidak berhak untuk hanya berdiam diri.
“Anda memakai jersi Olympique Lyonnais. Orang lain sebelum anda memuliakannya. Anda tidak berhak untuk memburukkannya. Sekarang jendela perpindahan sudah berakhir, skuad yang ada sekarang hanyalah anda. Apa yang hanya kami minta adalah untuk terus bermain.
“Kami mahu bersorak nama anda dengan penuh hormat, dengan kasih sayang. Kerana kami tahu anda bermain dengan sepenuh hati.
“Tetapi untuk melakukannya anda perlu berusaha mendapatkannya. Kami menghormati baju ini,” kata pemimpin ultras itu di dalam video yang bertebaran di media sosial.
Sementara PSG mendaki ke tangga kedua di belakang Monaco, keputusan itu menyebabkan masa depan Laurent Blanc semakin kabur.
Bekas pengurus PSG dan Perancis itu membimbing Les Gones ke tempat ketujuh pada musim pertamanya sebagai pengurus pasukan.
BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas
Beliau juga menjadi saksi kepada perpindahan yang sukar di mana Lyon terpaksa menjual bintang muda Bradley Barcola kepada PSG sebelum tarikh akhir perpindahan.
Lyon juga telah mengalami musim panas yang huru-hara di luar padang dengan bekas pemilik dan presiden Jean-Michel Aulas menyaman pemilik baharu John Textor kerana memfitnah.
Aulas memiliki kelab itu dari 1987 hingga Disember tahun lalu. Dia kemudian menjualnya kepada Textor dengan harga 670 juta pound sterling (RM3.915 bilion)
@primevideosport A Lyon fan took to the microphone to express his anger! 😳😳😳 #ligue1 #lyon #olympiquelyonnais #football #footballtiktok
Sumber: Daily Mail