Siakap Keli
sambal nyet RM33.5 juta
Kredit: X

2.4 Juta Unit Sambal Nyet Terjual, Jumlah Jualan Keseluruhan Cecah RM33.5 Juta – KA

2.4 Juta Unit Sambal Nyet Terjual, Catat Jumlah Jualan Keseluruhan Sebanyak RM33.5 Juta

Pempengaruh media sosial dan usahawan, Khairul Aming berkongsi berita gembira produk sensasinya, Sambal Nyet telah terjual sebanyak 2.4 juta unit setakat ini.

Menurut Khairul Aming yang mesra disapa sebagai KA, jumlah berkenaan bersamaan dengan RM 33.5 juta.

Berita gembira berkenaan dikongsikan beliau menerusi satu video yang dimuat naik di platform X sebentar tadi.

”Sepanjang tempoh 2 tahun lapan bulan, Alhamdulillah perniagaan kita berkembang dan hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua apa perkembangan terbaru Sambal Nyet,” katanya.

Antara perkembangan terbaru mengenai Sambal Nyet adalah melibatkan operasi pengeluaran kilang produk tersebut.

Menurut KA, kilangnya selepas ini beralih kepada automasi dan kapasiti pengeluaran akan ditingkatkan kepada 7,000 botol sehari.

Jualan Sambal Nyet cecah RM33.5 juta

”Sekarang, kedua-dua kilang Sambal Nyet sudah beroperasi sepenuhnya. Namun kerja-kerja pengubahsuaian masih diteruskan untuk kita bawa masuk banyak lagi mesin ke kilang,” katanya.

Menurut KA, syarikat tersebut kini sudah pun bersedia untuk beralih ke Fasa 3 iaitu fasa automasi.

”Jadi automasi ini digunakan untuk menaikan pengeluaran Sambal Nyet kepada 7,000 botol sehari dan pada masa yang sama untuk menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi,” katanya lagi.

Antara masalah yang dihadapi sebelum ini adalah ratio antara sambal dengan minyak dalam botol tidak seimbang apabila diisi secara manual.

Selain itu, automasi juga diharapkan dapat mengatasi masalah kebocoran sambal. Walaupun isu itu adalah isu terpencil, Sambal Nyet tetap mahukan masalah tersebut itu diatasi dengan segera.

Beberapa penambahbaikan lain melalui automasi termasuklah seal pada bahagian luar botol dan cetakan tarikh luput dibuat menggunakan teknologi laser.

”Kalau sebelum ini kita pakai pelekat, jadi mudah tertanggal bila terkena air. Ini semua penambah baikan yang kita buat. Automasi bukan sahaja memudahkan pengeluaran, tetapi mengurangkan beban staf.

”Jadi, mereka boleh memberikan fokus kepada produk ke-2,” ujarnya.

BACA: Bukan Saja-saja Letak, Rupanya Ini Maksud Kod Warna Pada Bungkusan Beras Ramai Tak Tahu

Sumber: Khairul Aming via X

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma