Aksi Abang Bomba Berganding Bahu Tolong Alihkan Kereta “Aunty” Ni Raih Pujian
Selepas menjadi bualan hangat sewaktu perbarisan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos lalu, anggota bomba sekali lagi telah berjaya meraih tumpuan ramai.
Jika dahulu, abang bomba ini menjadi tular dengan gelagat mereka sewaktu menyertai perbarisan yang membawa sepanduk dan ular.
Namun kini, abang bomba sekali lagi menjadi tumpuan selepas tindakan pantas mereka membantu orang awam berjaya dirakam.
Perkongsian tindakan pantas anggota bomba itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @emrhqm.
Menurut perkongsian muat naik tersebut, kejadian dikatakan berlaku selepas seorang wanita dipertengahan umur mengalami masalah dengan kenderaannya.
Kejadian itu dipercayai berlaku di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur pada pagi tadi.
Dalam keadaan hujan renyai-renyai, anggota bomba yang lengkap berpakaian uniform dengan pantas telah datang dan membantu wanita tersebut.
Kereta wanita itu dipercayai mengalami masalah dan tidak dapat bergerak di sebuah persimpangan lampu isyarat di TTDI tersebut.
Anggota bomba seramai tujuh orang itu telah datang daripada Balai Bomba yang berdekatan ke lokasi kejadian untuk membantu wanita tersebut mengalihkan kenderaannya.

Salah seorang anggota bomba dilihat memasuki kereta itu dan cuba memeriksa keadaan kereta tersebut.
Bagaimanapun, kereta itu tidak boleh bergerak dan harus dibawa ke tepi bagi memastikan trafik lancar.

Di akhir video tersebut, anggota bomba itu dilihat menolak kereta tersebut ke arah balai bomba yang berada di sebelah kanan jalan.
Perkongsian muat naik video tersebut dengan pantas telah mendapat perhatian pengguna di media sosial itu.
Meninjau di ruangan komen, ramai netizen dilihat telah meninggalkan komen mereka dan memuji tindakan anggota bomba tersebut.
BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Mereka kan penyelamat, sentiasa siap sedia. Bomba terbaik,” tulis seorang netizen memuji pasukan bomba tersebut.
“Balai Bomba dan penyelamat Taman Tun Dr Ismail terbaik,” tulis seorang lagi netizen yang memuji pasukan tersebut.
“Tabik spring abang-abang bomba. Terima kasih abang bomba, salam dari Kuala Lumpur,” tulis seorang lagi netizen yang menyatakan hormatnya kepada pasukan bomba terbabit.
@emrhqm Saw this on my way to work 🫶🏻❤️
Sumber: TikTok/@emrhqm