Guna Telefon Bimbit Lakukan Semakan VAR, Pengadil Disiasat
Liga Bola Sepak Profesional Portugis (LPFP) dalam satu kenyataan berkata akan meminta Majlis Tatatertib menjalankan siasatan berhubung perlawanan di antara Football Club (FC) Porto dan Arouca susulan penggunaan telefon bimbit oleh pengadil untuk menyemak keputusan Video Bantuan Pengadil (VAR)
Memetik The Portugal News, difahamkan badan yang bertanggungjawab dalam perlawanan itu membenarkan siasatan dilakukan selepas menerima penjelasan daripada Majlis Timbang Tara (CA) Persekutuan Bola Sepak Portugis (FPF) dan laporan daripada perwakilan perlawanan itu.
“LPFP memaklumkan bahawa pihaknya akan meminta Majlis Tatatertib (CD) FPF untuk memulakan proses siasatan berhubung punca insiden itu dan memastikan apa sebenarnya yang berlaku,” maklum kenyataan tersebut.
Alami Masalah Teknikal
Pada Ahad lalu, perlawanan pusingan keempat liga antara FC Porto dan Arouca yang berlangsung di Estádio do Dragão terganggu selama 14 minit ekoran kegagalan VAR.
Menurut FPF CA, teknologi pengadilan itu dilaporkan tidak berfungsi pada minit ke-87 perlawanan.
Dalam perlawanan yang berlarutan sehingga minit tambahan itu mencetuskan kontroversi apabila pengadil Miguel Nogueira menghadiahkan penalti kepada penyerang Porto, Mehdi Taremi pada minit 90+6.
Walau bagaimanapun, keputusan itu ditarik balik pengadil perlawanan dan memutuskan tiada penalti selepas berbincang dengan pegawai perlawanan yang lain menerusi telefon tersebut.
BACA JUGA: Kes Disiasat Polis, Brazil ‘Gantung’ Penyerang Sayap MU, Antony Dari Skuad Kebangsaan
Menurut The Sun UK, drama perlawanan berterusan apabila FC Porto dihadiahkan dengan satu lagi penalti pada minit ke-106. Namun, sepakan tersebut gagal disempurnakan oleh pemain sayap kiri, Wenderson Galeno.
Hasrat pelawat yang menyangka membawa pulang tiga mata penuh terkubur apabila Evanilson menjaringkan gol pada minit 90+19 selepas 22 minit masa tambahan dimainkan.
Perlawanan antara kedua-dua pasukan menyaksikan keputusan berakhir dengan seri 1-1.
Cetus Ketidakpuasan Hati
Berikutan keputusan yang dibuat tanpa VAR, FC Porto dalam satu kenyataan telah mengemukakan bantahan terhadap kesahihan perlawanan itu.
Jurulatih pasukan FC Porto, Sergio Conceicao telah meminta meminta itu dibatalkan akibat salah laku pengadil.
“Kami (FC Porto) mengemukakan bantahan kepada perwakilan Liga dengan tujuan untuk membatalkan perlawanan dengan Arouca. Langkah ini adalah berdasarkan tindakan pengadil sewaktu menarik kembali keputusan itu. Ia berikutan keputusan itu dibuat berdasarkan panggilan telefon dan bukannya akses kepada VAR,” maklum kelab itu.
Dalam kenyataan tersebut, kelab itu menyifatkan Miguel Nogueira telah melanggar peraturan perlawanan.
“Tindakan Miguel Nogueira merupakan pelanggaran peraturan perlawanan dan ralat yang berpotensi memberi kesan terhadap keputusan perlawanan,” kata FC Porto.
https://www.facebook.com/GOAL/videos/797569362117529/?vh=e&mibextid=I6gGtw
Sumber: The Portugal News, The Sun UK