Siakap Keli
jasmine beras tempatan dibungkus semula
Kredit: Jasmine Food Corporation

Jasmine Nafi Dakwaan Video Tular Dakwa Beras Tempatan Dibungkus Semula Dalam Beras Import

Jasmine Nafi Dakwaan Video Tular Dakwa Beras Tempatan Dibungkus Semula Dalam Beras Import

Syarikat pengeluar beras, Jasmine Food Corporation Sdn. Bhd. (JFC) menegaskan dakwaan video tular yang mendakwa beras tempatan dibungkus semula menjadi beras import adalah tidak benar.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh syarikat berkenaan menerusi satu kenyataan media yang dimuat naik di laman Facebooknya.

Menurut JFC, video berkenaan sebaliknya menunjukkan Beras Putih Import (BPI) dan video berkenaan dirakam di dalam kilang Jasmine di Tunjang, Alor Setar, Kedah pada 2 September 2023.

“Dakwaan bahawa bungkusan beras yang dibuka merupakan beras tempatan seperti yang dinyatakan di dalam video tersebut adalah TIDAK BENAR. Sebaliknya ia adalah BPI,” kata kenyataan itu.

Video tular di media sosial mengenai dakwaan beras tempatan dibungkus semula menjadi beras import adalah tidak benar – Jasmine

Jelasnya, proses pembungkusan semula adalah satu perkara yang biasa berlaku ketika berlaku beberapa insiden tertentu.

“Pembungkusan semula BPI merupakan satu proses normal apabila berlaku kejadian kampit pecah atau beras berhabuk sewaktu kampit beras berada di kedai dan pasaraya.

“Proses ini dibuat untuk memastikan kualiti beras keluaran JFC sentiasa berada di dalam keadaan yang baik sewaktu dibeli oleh pelanggan kami. ”

JFC menegaskan bahawa pihaknya mengamalkan polisi gantian semula kepada pemborong bagi beras-beras yang tidak menepati kualiti.

Polisi ini juga turut digunapakai bagi beras-beras yang tidak mengikuti piawaiaan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Pada akhir kenyataannya, JFC menyeru orang ramai untuk tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih dan mengelirukan.

“Orang ramai adalah dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat palsu atau membuat sebarang spekulasi yang boleh mendatangkan kekeliruan.

“Pihak JFC tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang cuba memburukkan nama baik syarikat.

Pada bahagian lampiran pula, JFC menunjukkan bungkusan bagi kedua-dua produk beras yang terdapat dalam video tular berkenaan.

Beras Tempatan Dibungkus Semula Dalam Bungkusan Beras Import
Kredit: Facebook

BACA: Bukan Saja-saja Letak, Rupanya Ini Maksud Kod Warna Pada Bungkusan Beras Ramai Tak Tahu

Sumber: Jasmine Food Corporation

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.